Home » Kecantikan » Teknik Solekan Bibir Untuk Tampil Lebih Cantik

Teknik Solekan Bibir Untuk Tampil Lebih Cantik

9 Teknik Solekan Bibir Untuk Tampil Lebih Cantik. Pemilihan gincu dan teknik solekan bibir yang betul akan membantu seorang wanita tampil lebih cantik dan menawan. Gincu menjadi pelangkap solekan wajah. Bibir yang tidak dioles gincu akan membuatkan wajah kelihatan pucat dan tiada daya penarik.

Memilih gincu perlu disesuaikan dengan tona kulit. Terdapat beberapa tips pemakaian gincu yang perlu anda ikut untuk memastikan gincu kekal kemas dan cantik sepanjang hari.

9 Teknik Solekan Bibir Untuk Tampil Lebih Cantik

Teknik Solekan Bibir

Mula-mula sekali anda perlu teliti bentuk bibir sebelum memulakan solekan.

1) Bibir Yang Tipis – Mulakan solekan bibir dengan melukis bentuk bibir menggunakan pensil. Selepas itu barulah oleskan dengan gincu. Akhir sekali sapukan pengilat bibir untuk menyerlahkan lagi bentuk bibir.

2) Bibir Yang Tebal –  Pilih gincu jenis matte untuk membuatkan bibir kelihatan lebih seksi dan ‘penuh’. Elak menggunakan pengilat bibir kerana ia akan membuatkan bentuk bibir kelihatan lebih besar.

3) Gabungan Bibir Yang Nipis Sebelah Dan Tebal Sebelah – Anda masih perlukan pensil bibir untuk melukis bentuk bibir pada bahagian yang tips. Selepas itu pilih gincu jenis kilat untuk dioleskan pada bibir.

4) Masalah Bibir Kering – Namun jika anda mempunyai masalah bibir kering, pastikan anda guna pelembab bibir atau lip balm terlebih dahulu sebelum memakai gincu. Tetapi jika masalah bibir kering agak teruk, lebih selamat jika anda guna pelembab bibir sahaja untuk mengelakkan kulit bibir mengelupas. Memakai gincu matte juga akan membuatkan bibir anda nampak kering. Untuk mengelak ini berlaku, dapatkan Tips Elak Bibir Kering .

5) Solekan Bibir Tahan Lama – Mula-mula sapukan bedak padat pada bibir. Kemudian sapukan pelembap bibir atau lip balm. Dan akhir sekali barulah dioleskan dengan gincu. Teknik solekan ini akan membuatkan warna gincu tahan lebih lama pada bibir. Ada banyak lagi Tips Untuk Pastikan Solekan Tahan Lama yang boleh anda cuba untuk mendapat hasil solekan yang lebih cantik

6) Cara Solekan Pengilat Bibir – Untuk mendapatkan warna gincu yang cantik, gunakan gincu dan pengilat bibir yang mempunyai rona sewarna. Gabungan dua warna ini akan membuatkan warna gincu kelihatan lebih cantik dan berkilat. Oleskan pengilat bibir dengan kemas, agar warna gincu nampak sekata.

7) Solekan bibir perlu kerap di ‘touch up’ atau dikemaskan agar solekan nampak kemas dan wajah kelihatan sentiasa cantik dan menawan.

8) Untuk mendapatkan warna bibir yang nampak cantik dan natural, sapukan bedak padat pada bibir dan selepas itu sapukan pengilat bibir tanpa warna. Hasilnya bibir nampak cantik. Teknik ini memang sesuai untuk solekan natural. Tetapi jika anda mempunyai masalah bibir kehitaman, elakkan teknik ini ye. Masalah bibir hitam boleh dirawat dengan Petua Merahkan Bibir

9) Satu rahsia untuk mendapatkan solekan bibir yang kelihatan ‘penuh’ dan tidak comot adalah hanya dengan mengunakan pensil bibir sebagai penganti gincu.Bukan sahaja warna akan tahan lebih lama tetapi kelihatan lebih kemas juga.

Artikel 9 Teknik Solekan Bibir ini boleh anda jadikan panduan setiap kali anda bersolek. Tidak kira ke tempat kerja atau menghadiri sesuatu majlis, anda perlu sentiasa tampil cantik dan menawan.

(Visited 40 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *