Wednesday , 13 December 2017
Home » Kecantikan » Tanda-Tanda Kulit Kusam

Tanda-Tanda Kulit Kusam

Tanda-Tanda Kulit Kusam. Kulit Kusam kebiasaannya berpunca dari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, masalah dehidrasi iaitu kurang minum air suam, masalah pencemaran udara dan juga kerap terdedah pada sinaran matahari.

Seseorang yang memiliki kulit yang kusam, kebiasaannya akan kelihatan lebih tua berbanding usianya yang sebenar. Individu yang mempunyai kulit kusam juga akan kelihatan tidak bermaya dan lebih mudah terkena alergi pada kulit.

Tanda-Tanda Kulit Kusam

Apakah ciri-ciri kulit yang kusam? Di bawah ini kami kongsikan jawapan kepada persoalan anda.

Tanda-Tanda Kulit Kusam

1)Kemunculan Garis-Garis Halus Pada Kulit Wajah – Kulit yang kusam akan melajukan proses penuaan pada kulit wajah. Individu yang mempunyai kulit yang kusam akan lebih cepat mendapat kedutan di kulit wajah menyebabkan mereka kelihatan lebih berusia.

2) Lingkaran Gelap Di Bawah Mata – Lingkaran gelap yang sering dikaitkan sebagai ‘mata panda’ bukan sahaja berpunca dari kurang tidur tetapi ia juga terjadi akibat kulit yang kusam. Ini mungkin disebabkan oleh amalan makanan yang tidak seimbang yang menyebabkan kekuangan nutrisi.

3) Kulit Kelihatan Kering – Kulit akan kelihatan kering dan tidak segar. Bila disentuh, kulit akan rasa lebih kasar. Ini terjadi akibat kurang minum air lebih-lebih lagi ketika cuaca panas terik.

4) Kulit Wajah Berminyak – Kulit wajah yang jenis berminyak akan memudahkan kotoran dan debu melekat padanya. Ini akan membuatkan kulit anda kelihatan kusam dan kurang bermaya. Untuk anda yang mempunyai masalah berminyak disyorkan agar anda mengutamakan penjagaan wajah yang betul.

5) Kemunculan bintik atau jerawat kecil – Satu lagi tanda kulit kusam adalah bila kulit anda kasar akibat kehadiran jerawat-jerawat kecil ataupun digelar sebagai jerawat nasi. Jika tidak dirawat, ia akan meninggalkan parut-parut jerawat yang tidak diingini di wajah anda.

 

(Visited 1,912 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …