Home » Kesihatan » Tanda-Tanda Awal Kemurungan

Tanda-Tanda Awal Kemurungan

Apakah Tanda-Tanda Awal Kemurungan yang tidak boleh dipandang remeh. Masalah kemurungan perlu dirawat kerana jika dibiar berlarutan, individu yang mengalami kemurungan boleh bertindak tanpa kewarasan pemikiran.

Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan berita-berita penderaan yang melibatkan anak-anak kecil, isu bunuh diri dan kisah keganasan rumahtangga… Adakah semua itu berpunca dari kemurungan?

Tanda-Tanda Awal Kemurungan

Tanda-Tanda Awal Kemurungan

Setiap penyakit atau masalah jika tidak dicegah atau dirawat dari awal pasti boleh memudaratkan begitu juga dengan KEMURUNGAN. Biarpun pada luaran, sukar untuk dilihat jika seseorang itu mengalamai kemurungan, lebih-lebih lagi jika masih diperingkat awal. Namun seseorang individu yang mengalami kemurungan boleh mengesan perubahan yang berlaku pada dirinya sendiri.

Antara simptom-simptom atau petanda kemurungan adalah:

1) Mudah Marah – Perasaan atau rasa nak marah tu sentiasa ada. Pantang orang sekeliling buat silap sikit, pasti akan melenting. Kadang-kadang orang sekeliling tak buat salah apa pun, sekadar nak bertanya je tapi dah rasa nak mengamuk.

2) Susah Senyum – Kalau hati tu dah selalu rasa nak marah je, mesti nak senyum pun susah kan. Tapi ini tidak bermakna langsung tak senyum. Senyum tu tetap terukir, cuma antara ikhlas dan tidak je. Lebih kepada senyum terpaksa bukan lahir dari keihklasan hati.

3) Kerap Berasa Letih – Bukan sahaja badan rasa letih, tapi otak pun letih. Badan jadi tak bermaya sedangkan bukannya buat kerja banyak mana pun. Dah ibarat orang yang lari marathon pula letihnya. Rasa nak rehat sahaja, tak mahu buat apa-apa.

4) Jiwa Rasa Kosong – Bukan sebab tak reti bersyukur tapi rasa diri tu kosong. Macam dah tak ada emosi. Tak ada rasa sedih, tak ada rasa gembira… yang ada cuma rasa yang terlalu kosong. Rasa seperti tidak ada apa yang bermakna dalam hidup.

5) Suka Tidur – Rasa seperti langsung tak nak buat kerja, nak tidur sepanjang hari. Bukan sebab malas tetapi memang keinginan untuk tidur sangat tinggi. Jangan kata orang sekeliling dan kerja sahaja teraba tetapi keperluan diri sendiri pun ikut terabai sekali. Puncanya terlalu banyak masa dihabiskan dengan baring. Biarpun selepas tidur 10 jam atau 15 jam sekalipun, rasa macam tak pernah tidur langsung. Tapi yang peliknya, sebelum tidur tu mata memang susah nak lelap.

6) Sakit-Sakit Badan – Setiap anggota badan rasa sakit tanpa sebab. Rasa masa baru selepas kena belasah. Satu badan rasa lenguh. Sakit kepala, sakit pinggang sedangkan tak buat kerja berat pun.

7) Rambut Gugur – Rambut gugur dengan banyak tetapi bukan berpunca dari masalah rambut. Baru je selak rambut dah berhelai-helai gugur di tangan. Atas lantai pun berterabur helaian rambut. Kat atas bantal dan sikat tak perlu nak cakap la kan.

8) Suka Bersendirian – Lebih gemar menghabiskan masa bersendirian dan mula menjauhkan diri dari orang lain. Laman sosial atau berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan menjadi sesuatu yang tidak lagi menyeronokkan. Rasa nak bawa diri pergi jauh dari orang sekeliling dan kehidupan sekarang.

9) Bercakap Sendiri – Bersembang sendiri ni bukan seperti bercakap dengan seseorang yang tak wujud tetapi lebih kepada bermonolog atau percakapan yang wujud hanya dalam kepala. Macam dah ada dua orang dalam kepala tu. Macam-macam topik yang dibincang atau dimonolog kan.

Itulah antara tanda-tanda awal kemurungan. Jika anda rasa ada tanda-tanda yang dikongsikan ini atau rasa ada yang tidak kena dengan diri anda, eloklah anda dapatkan nasihat dari doktor yang lebih arif tentang masalah yang anda hadapi.

sumber

(Visited 170 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.┬áDrama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …