Sinopsis Waktu Khalil Cerekarama TV3

Sinopsis Waktu Khalil Cerekarama TV3. Telefilem berjudul Waktu Khalil lakonan Kamal Adli dan Puteri Aishah akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu 21 April 2018. Waktu Khalil turut dijayakan adik Danish Hazriq

Telemovie arahan Shuhaimi Lua ini juga dibintangi oleh Aprena Manrose, Azza Elite, Tengku Zara, Feiyna Tajudin dan ramai lagi. Waktu Khalil yang akan disiarkan pada pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production.

Sinopsis Waktu Khalil Cerekarama TV3

Sinopsis Waktu Khalil

Waktu Khalil mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang bernama Wan dan Atie. Mereka mempuyai dua orang anak. Anak lelaki mereka bernama Khalil. Selepas menghadiri majlis reunion sekolahnya, Atie lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbitnya.

Wan pula sibuk dengan urusan perniagaan sehingga Khalil sentiasa dipinggirkan mereka. Satu hari Khalil terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Apakah akan terjadi kepada Khalil? Bagaimana pula dengan perhubungan antara Wan dan Atie selepas itu?

Biodata Kamal Adli

Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Bin Ahmad Adli adalah seorang pelakon, model, pengacara dan pelawak. Beliau mula menceburi industri hiburan setelah menjadi Juara Hero Malaysia pada tahun 2008. Pada tahun 2009 Kamal Adli telah diberikan peranan utama sebagai Nik dalam drama bersiri Bio Nik. Sebuah drama berkisar tentang adiwira cereka sains.

Biodata Puteri Aishah

Puteri Aishah mula dikenali selepas gambarnya sebagai seorang guru pelatih menjadi tular di media sosial pada tahun 2014. Beliau juga merupakan seorang peserta dalam pertandingan Dewi Remaja 2014/2015. Pada tahun 2016 beliau telah diberikan kepercayaan untuk membawakan watak utama dalam drama bersiri Cinta Roller Coaster yang juga disiarkan di TV3.

Bagaimana pula gandingan antara Kamal Adli dan Puteri Asihah untuk Waktu Khalil? Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, jangan lupa tonton telefilem Waktu Khalil di slot Cerekarama TV3 pada 21 April Sabtu jam 9:00 malam.

(Visited 547 times, 1 visits today)
Jangan Lupa Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *