Friday , 20 April 2018
Home » Santai Depan TV » Sinopsis Tiket Cinta Cerekarama TV3

Sinopsis Tiket Cinta Cerekarama TV3

Sinopsis Tiket Cinta Cerekarama TV3. Telefilem berjudul Tiket Cinta lakonan Syafie Naswip dan Dayang Areeda akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu 24 Mac 2018. Tiket Cinta merupakan sebuah telefilem istimewa sempena Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2018).

Telemovie arahan Bade Hj Azmi ini juga dibintangi oleh Riena Diana, Aida Aris, Badrul Muhayat dan ramai lagi. Tiket Cinta yang akan disiarkan pada pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd.

Sinopsis Tiket Cinta Cerekarama TV3

Sinopsis Tiket Cinta

Tiket Cinta yang merupakan idea asal Khairul Anwar Mohamad mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Khai. Dia jatuh hati pada seorang gadis bernama Cik Lin sewaktu menjadi pelajar di universiti.

Namun perasaan cinta itu terus hilang bila Cik Lin tiada sewaktu Khai melakukan pembedahan mata.

Kemanakah Cik Lin menghilangkan diri? Apa akan terjadi kepada Khai selepas itu?

Biodata Syafie Naswip

Syafie Naswip dilahirkan pada 2 Ogos 1992. Beliau telah mula berlakon sewaktu masih berusia belasan tahun. Ketika menemani seorang saudaranya ke uji bakat, Syafie Naswip turut diuji bakat oleh Yasmin Ahmad. Akhirnya dia dipilih untuk membawa watak utama dalam filem Mukhsin. Dalam majlis Festival Malaysia ke 20 Syafie Naswip telah berjaya memenagi kategori pelakon kanak-kanak terbaik untuk filem yang sama. Selain Mukhsin antara filem dan telefilem lain yang turut dibintangi beliau antaranya Talentime dan Songlap. Syafie turut memenangi anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik di Festival Filem ke 22 dan 25.

Biodata Dayang Areeda

Dayang Areeda yang berasal dari Sabah, berusia 24 tahun. Dia mula dikenali sewaktu membintangi drama Kekasih Paksa Rela dengan membawakan watak Shiqin. Mempunyai Diploma Perniagaan dari Universiti Multimedia, Melaka, Dayang Areeda lahir pada 29 Januari 1994. Antara drama lain yang turut dibintangi beliau adalah Semusim Rindu, Kolestrol vs Cinta dan Pembancuh Kopi Mr Vampire.

Bagaimana pula gandingan antara Syafie Naswip dan Dayang Areeda untuk Tiket Cinta? Untuk mengetahui kesudahan kisah cinta ini, jangan lupa tonton telefilem Tiket Cinta di Slot Cerekarama TV3 pada 24 Mac Sabtu jam 9:00 malam.

(Visited 188 times, 2 visits today)

Check Also

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah. Memang sakit bila disengat tebuan atau lebah. Rasa …