Sinopsis Teratai Kemboja TV3

Sinopsis Teratai Kemboja TV3. Drama Teratai Kemboja lakonan Adi Putra dan Fasha Sandha akan disiarkan di slot Zehra TV3 bermula 13 April 2018. Teratai Kemboja akan bersiaran selama 21 episod menggantikan Kelip-Kelip Kota London.

Drama bersiri arahan Along Kamaluddin ini juga dibintangi oleh Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Sabhi Saddi dan ramai lagi. Teratai Kemboja yang akan disiarkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd.

Sinopsis Teratai Kemboja TV3

Sinopsis Teratai Kemboja

Teratai Kemboja mengisahkan tentang Fikri dan Hanani yang memilih untuk berkahwin di usia muda. Mereka bernikah sewaktu masing-masing berada di tahun akhir pengajian di universiti. Memandangkan mereka berdua masih muda dan masih belum habis belajar, Hanani tidak mahu mempunyai anak. Dia mengambil pil perancang biarpun Fikri tidak bersetuju dengan keputusannya. Dan akhirnya Fikri mengalah.

Selepas mereka berdua tamat pengajian dan mula bekera, Fikri meminta Hanani untuk berhenti mengambil pil perancang tetapi Hanani tetap meneruskan. Fikri ingin mempunyai anak tetapi Hanani pula ingin fokus pada kerjaya dan mengumpul harta.

Kecewa dengan sikap Hanani, Fikri bertindak membawa diri ke Kemboja. Di sana dia berkenalan dengan Taufik, seorang imam yang berasal dari Malaysia. Taufik mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Hidayah. Taufik mempunyai sejarah tersendiri dan memilih untuk tinggal di Kemboja bersama anaknya itu.

Fikri mula jatuh cinta pada Nur Hidayah dan membuat keputusan untuk bernikah dengannya tanpa pengetahuan Hanani

Apakah akan terjadi kepada perhubungan Fikri dan Hanani? Akan bahagiakah Fikri dengan Nur Hidayah?

Bagaimana pula gandingan antara Adi Putra, Fasha Sandha dan Elly Mazlein dalam Teratai Kemboja? Untuk mengetahui kesudahan drama ini yang menggantikan Kelip-Kelip Kota London, jangan lupa tonton Drama Teratai Kemboja bermula 13 April 2018 jam 9:00 malam hanya di Slot Zehra TV3.

(Visited 1,190 times, 1 visits today)
Jangan Lupa Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *