Wednesday , 20 June 2018
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Di Astro Ria

Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Di Astro Ria

Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Di Astro Ria. Drama berjudul Tak Ada Cinta Sepertimu lakonan Syafiq Kyle dan Zahirah MacWilson akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 12 Mac 2018. Tak Ada Cinta Sepertimu merupakan adaptasi novel karya Anna Milia.

Drama bersiri arahan Jamal Khan ini ini juga dibintangi oleh Ruhainis, Fadhlan Hazim, Nik Adam Mika, Zarina Zainuddin, Zainol MacWilson dan ramai lagi.  Tak Ada Cinta Sepertimu yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam telah diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Di Astro Ria

Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu

Tak Ada Cinta Sepertimu mengisahkan tentang perhubungan Athea dan Hazran yang kerap bertengkar. Semuanya bermula bila mereka berdua merebut membeli panadol di kedai runcit. Selepas itu tercetusnya beberapa insiden lain yang lebih mengeruhkan hubungan mereka.

Satu hari anak Athea telah mencuri kucing Hazran bernama Smokey. Dan kerana Smokey juga Hazran mulai rapat dengan anak Athea bernama Qarleef dan sedikit sebanyak berjaya menjernihkan hubungan Athea dan Hazran.

Namun persahabatan antara Athea dan Hazran rupanya telah menimbulkan fitnah. Kamarul yang menaruh hati pada tunang Hazran bernama Bella, telah mengeruhkan keadaan sehingga menjaukan diri Hazran dari Athea dan anak anaknya.

Kehadiran Azam lebih memburukkan keadaan. Perhubungan antara Hazran dan Athea makin jauh. Tetapi Azam pula belum bersedia untuk menjadi ayah kepada anak-anak Athea. Ini memberi peluang kepada Hazran untuk mencuba memenangi hati Athea.

Berjayakah Hazran memiliki hati Athea dan memikul tanggungjawab sebagai ayah kepada anak anaknya?

Lagu Tema Tak Ada Cinta Sepertimu

Lagu berjudul Hilang nyanyian Marsha Milan telah dipilih sebagai lagu tema atau OST untuk drama Tak Ada Cinta Sepertimu.

Bagaimana pula gandingan antara Syafiq Kyle dan Zahirah MacWilson dalam Tak Ada Cinta Sepertimu? Untuk mengetahui kesudahan drama ini yang menggantikan Lafazkan Kalimah Cintamu, jangan lupa tonton Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Di Astro Ria bermula 12 Mac 2018 jam 10 malam hanya di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

(Visited 1,825 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3. Drama Andainya Takdir 2 lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar akan disiarkan …