Sinopsis Syahadah Terakhir Cerekarama TV3

Sinopsis Syahadah Terakhir Cerekarama TV3. Telefilem berjudul Syahadah Terakhir lakonan Zahiril Adzim dan Nina Iskandar akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu 14 April 2018. Syahadah Terakhir merupakan sebuah cerita asal dari Hani Maryam.

Telemovie arahan Azman Hj Yahya (Jinggo) ini juga dibintangi oleh Harun Hashim, Erry Putra Zulfa Zain dan ramai lagi. Syahadah Terakhir yang akan disiarkan pada pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd.

Sinopsis Syahadah Terakhir Cerekarama TV3

Sinopsis Syahadah Terakhir

Syahadah Terakhir mengisahkan tentang seorang ayah yang bernama Pak Yusuf. Dia terlalu sayangkan kedua-dua anaknya. Razlan dan Rafidah ditatang bagai minyak yang penuh. Kedua-dua anak Pak Yusuf ini berjaya.

Namun pelbagai konflik mula tercetus setelah isterinya meninggal dunia.

Apakah akan terjadi kepada Pak Yusuf, Razlan dan Rafidah selepas itu?

Biodata Zahiril Adzim

Zahiril Adzim lahir pada 22 Januari 1984. Beliau merupakan seorang pelakon yang aktif dalam bidang perfileman dan teater. Merupakan suami pada pelakon Shera Aiyob. Mereka mempunyai seorang anak bernama Nadi Anaqi. Memegang watak Daim dalam siri Juvana telah menaikkan nama Zahiril Adzim. Dalam Festival Filem Malaysia yang ke 23, beliau telah dinobatkan sebagai pelakon harapan lelaki terbaik untuk watak Boy dalam Kami The Movie.

Biodata Nina Iskandar

Nina Iskandar atau nama sebenarnya Nur Akmalina Binti Iskandar merupakan seorang pelakon wanita yang berasal dari negara Brunei. Beliau mula dikenali di Malaysia selepas membintangi filem Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre. Banyak juga drama tempatan yang dibintangi olehnya antara yang berjaya menarik minat penonton adalah Terlarang Sudah Rinduku, Balkish dan Andainya Takdir.

Bagaimana pula gandingan antara Zahiril Adzim dan Nina Iskandar untuk Syahadah Terakhir? Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, jangan lupa tonton telefilem Syahadah Terakhir di slot Cerekarama TV3 pada 14 April Sabtu jam 9:00 malam.

 
(Visited 1,302 times, 1 visits today)