Home » Santai Depan TV » Telefilem » Sinopsis Retak Cerekarama TV3

Sinopsis Retak Cerekarama TV3

Sinopsis Retak Cerekarama TV3. Telefilem berjudul Retak lakonan Ayda Jebat dan Azrel Ismail akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu 18 Ogos 2018. Retak turut dijayakan oleh Riz Amin.

Telemovie arahan Azman Hj Yahya (Jinggo) ini juga dibintangi oleh Liza Rafar, Shariza Mahmud dan ramai lagi. Retak yang akan disiarkan pada pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Telefilem Retak disiarkan istimewa sempena Aidiladha yang bakal menjelang tiba.

Sinopsis Retak Cerekarama TV3

Sinopsis Retak

Retak mengisahkan tentang Iskandar dan Saida. Pada awalnya mereka bahagia. Namun lama-kelamaan kebahagiaan mereka semakin pudar akibat rasa rendah diri yang ada pada diri Saida. Beberapa kali juga Saida mengalami keguguran. Doktor menasihatkan Saida agar tidak mengandung lagi.

Agaknya apa akan terjadi kepada kehidupan Iskandar dan Saida selepas itu?

Bagaimana pula gandingan antara Ayda Jebat dan Azrel Ismail untuk Retak? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton Telefilem Retak di slot Cerekarama TV3 pada 18 Ogos Sabtu jam 9:00 malam.

(Visited 320 times, 1 visits today)

Check Also

punca kulit muka berminyak dan berjerawat

Kulit Muka Berminyak? Hentikan 5 Tabiat Buruk Ini Sekarang.

Masalah kulit muka berminyak? Memang stress bila kulit muka mudah berminyak. Lepas tu mulalah jerawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *