Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Nur Di Slot Samarinda TV3

Sinopsis Nur Di Slot Samarinda TV3

Sinopsis Nur Di Slot Samarinda TV3. Drama Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli akan disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 14 Mei 2018. Nur akan bersiaran selama 19 episod sempena bulan Ramadan.

Drama bersiri arahan Shahrulezad Mohameddin ini juga dibintangi oleh Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak dan ramai lagi. Nur yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam telah diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.

Sinopsis Nur Di Slot Samarinda TV3

Sinopsis Nur

Drama Nur mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Adam. Adam merupakan anak kepada seorang penceramah selebriti yang terkenal. Keluarga Adam ingin menjodohkannya dengan seorang wanita bernama Qhadeeja namun Adam tidak pula berkenan.

Nur pula adalah seorang gadis lorong akibat kehidupan ibunya yang melayan lelaki setiap malam. Nur pun terpaksa mengikut jejak ibunya. Nur ingin berubah, namun ia tak semudah yang disangka.

Pertemuan antara Adam dan Nur terjadi tanpa dirancang. Adam mula jatuh cinta pada Nur tanpa mengetahui latar belakangnya. Percintaan antara Adam dan Nur mendapat tentangan dari keluarga Adam.

Berjayakah Nur berubah ke arah yang lebih baik? Akan bersatukah cinta Adam dan Nur akhirnya?

Lagu Tema Nur

Lagu berjudul Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea dan Kaer telah dipilih sebagai lagu tema atau OST untuk drama Nur.

Bagaimana pula gandingan antara Syafiq Kyle dan Amyra Rosli untuk Nur? Untuk mengetahui kesudahan drama ini, jangan lupa tonton Drama Nur bermula 14 Mei 2018 jam 10:00 malam hanya di Slot Samarinda TV3.

(Visited 2,491 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *