Sinopsis Mr Grey Di Astro Ria

Sinopsis Mr Grey Di Astro Ria. Drama Mr Grey lakonan Fendy Bakry dan Eyra Hazali akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 9 April 2018. Mr. Grey merupakan adaptasi novel karya Syamnuriezmil.

Drama bersiri arahan Riza Baharudin ini juga dibintangi oleh Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Rahim Jailani, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi. Mr. Grey yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam telah diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.

Sinopsis Mr Grey Di Astro Ria

Sinopsis Mr Grey

Mr. Grey mengisahkan tentang Malique Gregory Kamal atau Mr Grey dan Nisa Ardina. Keputusan mereka untuk bernikah telah melukakan hati insan yang rapat dengan mereka.

Datin Musalma ibu Mr Grey telah menuduh Nisa menggoda anak bujangnya itu untuk mendapatkan harta. Manakala Ilham Arsyad pula kecewa kerana sudah sekian lama dia menyimpan perasaan terhadap Nisa.

Ketika mula mengecapi kebahagiaan, Grey pula meninggalkan Nisa untuk kembali semula kepada ibunya. Ibu Grey masih tidak menyukai Lisa.

Adakah perpisahan antara Grey dan Nisa membuatkan Ilham Arsyad mengambil peluang itu untuk mendapatkan cinta Nisa? Atau mungkinkah ada bahagia kembali untuk Nisa dan Grey?

Lagu Tema Mr Grey

Lagu berjudul Luar Biasa nyanyian Ismail Izzani telah dipilih sebagai lagu tema atau OST untuk drama Mr. Grey

Bagaimana pula gandingan antara Fendy Bakry dan Eyra Hazali dalam Mr Grey? Untuk mengetahui kesudahan drama ini yang menggantikan Tak Ada Cinta Sepertimu, jangan lupa tonton Mr Grey Di Astro Ria bermula 9 April 2018 jam 10 malam hanya di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

(Visited 2,617 times, 1 visits today)