Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Klik Pengantin Musim Salju

Sinopsis Klik Pengantin Musim Salju

Sinopsis Klik Pengantin Musim Salju. Drama Klik! Pengantin Musim Salju lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana akan disiarkan di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123), Astro Ramadan HD (122).  Klik! Pengantin Musim Salju merupakan adaptasi novel Suri Ryana.

Drama bersiri arahan Hadith Omar ini juga dibintangi oleh Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain, Mak Wan, Zamarul Hisham dan ramai lagi. Klik! Pengantin Musim Salju yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7:00 malam telah diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd.

Sinopsis Klik Pengantin Musim Salju

Sinopsis Klik Pengantin Musim Salju

Klik! Pengantin Musim Salju mengisahkan tentang Adam Putra yang telah mengajak seorang gadis untuk berkahwin dengannya. Kay adalah seorang gadis brutal yang langsung tiada ciri-ciri feminin. Namun Kay hanya perlu berlakon sebagai isteri Adam.

Tindakan Adam mengajak Kay berlakon berkahwin hanya kerana ingin memastikan kesihatan neneknya tidak terjejas. Tunang Adam yang bernama Karlisha Zandra tiba-tiba membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir.

Kay yang tidak mahu berkahwin dengan Irham yang sering menyakitkan hatinya bersetuju dengan cadangan Adam. Kay dan Adam berpura-pura menjadi pasangan suami isteri.

Musim salju di Jepun menjadi saksi kepada kisah cinta mereka. Biarpun pada awalnya mereka sekadar berpura-pura, akhirnya mereka betul-betul menjadi pengantin.

Namun ketika asyik menyulam cinta di bumi Jepun lain pula kisahnya bila mereka berdua kembali semula ke Malaysia. Kekuatan cinta mereka diuji dengan kehadiran sepupu Adam bernama Hud Mikael. Hud pernah sukakan Kay. Kemunculan semula Karlisha Zandra juga turut menambahkan konflik kepada perhubungan mereka.

Apakah akan terjadi kepada perhubungan Adam dan Kay? Kukuhkah ikatan cinta mereka sampai ke hujungnya?

Lagu Tema Klik! Pengantin Musim Salju

Lagu berjudul Sebenarnya nyanyian Alif Satar dan Siti Nordiana telah dipilih sebagai lagu tema atau OST untuk drama Klik! Pengantin Musim Salju.

Bagaimana pula gandingan antara Alif Satar dan Siti Nordiana dalam Klik! Pengantin Musim Salju? Untuk mengetahui kesudahan drama ini istimewa sempena bulan Ramadan, jangan lupa tonton Drama Klik Pengantin Musim Salju  bermula 14 Mei 2018 jam 7:00 malam hanya di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123), Astro Ramadan HD (122).

(Visited 277 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *