Home » Santai Depan TV » Telefilem » Sinopsis Khalifahkah Aku Cerekarama TV3

Sinopsis Khalifahkah Aku Cerekarama TV3

Sinopsis Khalifahkah Aku Cerekarama TV3. Telefilem berjudul Khalifahkah Aku lakonan Wanns Ahmad dan Aishah Azman akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu 4 Ogos 2018. Khalifahkah Aku turut dijayakan oleh Fauzi Nawawi

Sinopsis Khalifahkah Aku Cerekarama TV3

Telemovie arahan Hashim Rejab ini juga dibintangi oleh Wanna Ali, Izzy Reef, Datin Ira Ghani  dan ramai lagi. Khalifahkah Aku yang akan disiarkan pada pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records Sdn Bhd.

Sinopsis Khalifahkah Aku

Khalifahkan Aku mengisahkan tentang Fatah. Dia merupakan anak kepada Dato Amran dan Datin Marissa. Bapa Fatah adalah seorang tokoh perniagaan yang sangat terkenal. Ibu bapa Fatah sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Mereka lalai pada tanggungjawab melaksanakan ibadah sebagai orang islam.

Apa akan terjadi kepada keluarga Fatah seterusnya?

Sis ada terbaca dekat utusan kalau tak silap, ni pertama kali Wanns Ahmad ditawarkan berlakon telefilem. Kebetulan dapat pula watak utama. Itulah rezeki namanya kan. Macam Aishah Azman pula kerap juga tengok dia berlakon dalam drama bersiri. Yang terbaru sis tonton haritu Pengantin 100 Hari.

Watak Fatah pada awalnya dikatakan adalah seorang anak yang baik. Tetapi selepas itu dia berkenalan dengan seorang wanita dan mula mendapat kejutan budaya. Kejutan budaya yang macam mana? Kalau nak tahu kesudahan Sinopsis Khalifahkah Aku kenalah tonton kesudahan telefilem ini.

Bagaimana pula gandingan antara Wanns Ahmad dan Aishah Azman untuk Khalifahkah Aku? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton telefilem Khalifahkah Aku di slot Cerekarama TV3 pada 4 Ogos Sabtu jam 9:00 malam

(Visited 442 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *