Sinopsis Kembalikan Sinarnya Cerekarama TV3

Sinopsis Kembalikan Sinarnya Cerekarama TV3. Telefilem berjudul Kembalikan Sinarnya lakonan Aedy Ashraf dan Hafidz Roshdi akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu 21 Julai 2018. Kembalikan Sinarnya turut dijayakan oleh Dian P.Ramlee.

Telemovie arahan Khalid Nazdzri ini juga dibintangi oleh beberapa pelakon yang lain. Kembalikan Sinarnya yang akan disiarkan pada pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Telefilem Kembalikan Sinarnya tentu dinantikan siarannya.

Sinopsis Kembalikan Sinarnya Cerekarama TV3

Sinopsis Kembalikan Sinarnya

Kembalikan Sinarnya mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Azali. Suatu ketika dulu, dia merupakan anak didik kepada arwah atuk Uzhma. Arwah atuk Uzhma adalah seorang yang kuat agama. Namun semuanya berubah bila Azali berpindah ke Kuala Lumpur.

Apa akan berlaku kepada Azali selepas itu?

Sinopsis Kembalikan Sinarnya ni macam terlalu ringkas dan susah untuk nak meneka keseluruhan jalan cerita telefilem ini. Tapi kalau melihat pada 3 pelakon utama telefilem ini iaitu Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi dan Dian P. Ramlee, ketiga-tiganya memang berbakat. Untuk anda yang minat lakonan mereka bertiga boleh juga menonton Drama Cinta Tiada Ganti yang disiarkan di Astro.

Berdasarkan teaser Kembalikan Sinarnya yang disiarkan di TV3, ada satu babak tu macam Aedy Ashraf terjatuh dalam lubang. Agaknya apa yang terjadi? Kalau ada sinopsis yang lebih panjang nanti, sis akan kongsikan lagi.

Bagaimana pula gandingan antara Aedy Ashraf dan Hafidz Roshdi untuk Kembalikan Sinarnya? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton telefilem Kembalikan Sinarnya di slot Cerekarama TV3 pada 21 Julai Sabtu jam 9:00 malam.

(Visited 580 times, 1 visits today)
Jangan Lupa Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *