Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf TV1

Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf TV1

Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf TV1. Drama Isteri Untuk Diiktiraf lakonan Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick dan Dayana Roza akan disiarkan di saluran RTM TV1 bermula 16 Mei 2018. Isteri Untuk Diiktiraf  disiarkan istimewa sempena bulan Ramadan.

Drama bersiri 30 episod arahan Azman Yahya (Jinggo) ini juga dibintangi oleh Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh  dan ramai lagi. Isteri Untuk Diiktiraf yang akan disiarkan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan pukul 7:00 malam telah diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd.

Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf TV1

Sinopsis Isteri Untuk Diiktiraf

Isteri Untuk Diiktiraf mengisahkan tentang Tengku Wildan dan Safiyya. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Safiyya tidak pernah menyangka, lelaki yang cuba memerangkapnya sewaktu dia bekerja di sebuah hotel dulu, kini menjadi jodohnya. Safiyya terpaksa menerima lamaran dari keluarga Tengku Wildan demi memenuhi hajat atuknya yang ingin melihatnya berkahwin.

Ada beberapa syarat yang telah ditetapkan Tengku Wildan yang Safiyya perlu ikuti di awal perkahwinan mereka. Biarpun Safiya kerapkali melawan, namun akhirnya dia terpaksa juga menurut. Sikap Tengku Wildan yang sangat menjengkelkan amat menyakitkan hati Safiyya.

ehadiran Tengku Wafie dan Rafiq membuatkan rasa cemburu mula menguasai Tengku Wildan. Tanpa sedar dia sebenarnya telah jatuh hati pada Safiyya. Namun hanya kerana perasaan cemburu, Tengku Wildan sanggup membuat tuduhan melulu terhadap isterinya. Akhirnya Safiyya membuat keputusan untuk menjauhkan diri.

Kehilangan Safiyya membuatkan Tengku Windan sangat merindukan isterinya. Namun berita Ana Julia dirogol oleh Tengku Wildan mengeruhkan keadaan. Lebih menyakitkan hati Safiyya apabila Tengku Wildan sanggup melakukan sesuatu ke atas dirinya sewaktu dia tidak sedarkan diri.

Bolehkah Safiyya menerima suaminya semula dan memaafkan segala perbuatannya? Dapatkah mereka bersatu semula sedangkan Puan Sri Raja Mona pula mahukan Bella sebagai menantu?

Bagaimana pula gandingan antara Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick dan Dayana Roza dalam Isteri Untuk Diiktiraf? Untuk mengetahui kesudahan drama ini yang bersiaran selama 30 episod, jangan lupa tonton Isteri Untuk Diiktiraf di TV1 bermula 16 Mei 2018 jam 7 malam hanya di RTM.
(Visited 2,900 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *