Home » Santai Depan TV » Sinopsis Hanya Untuk Bonda Di TV3

Sinopsis Hanya Untuk Bonda Di TV3

Sinopsis Hanya Untuk Bonda Di TV3. Sebuah telefilem berjudul Hanya Untuk Bonda siaran TV3 akan menemui penonton pada Sabtu ini 20 Ogos 2016 jam 9:00 malam.

Hanya Untuk Bonda dibintangi oleh Eyra Hazali, Aida Aris, Ezzaty Abdullah, AR Badul, Kismah Johar dan ramai lagi. Telefilem arahan Ismail Yaakob ini telah diterbitkan oleh WiraNusa Corporation Sdn Bhd.

Sinopsis Hanya Untuk Bonda Di TV3

Sinopsis Hanya Untuk Bonda Di TV3

Telefilem Hanya Untuk Bonda mengisahkan tentang Safirah seorang pelajar tingkatan 5. Ketika rakan-rakan sebayanya yang lain meluangkan masa dengan melayari laman sosial, melepak dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah, Safirah pula sebaliknya. Padanya setiap waktu yang dia miliki itu tidak boleh dibazirkan dengan aktiviti yang sia-sia. Dia terpaksa melakukan pelbagai kerja dalam masa sama. Lebih-lebih lagi dia juga perlu menjaga ibunya yang sedang bertarung dengan penyakit barah.

Sekadar membaca sinopsisnya sahaja admin sudah dapat mengagak telefilem ini pasti akan membuatkan ramai penonton mengalirkan air mata.

Untuk mengetahui apa kesudahan kisah Safirah dan ibunya ini, jangan lupa tonton telefilem Hanya Untuk Bonda Di TV3 pada hari sabtu nanti jam 9:00 malam.

(Visited 491 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.┬áDrama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *