Wednesday , 20 June 2018
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Halalkan Hati Yang Kucuri

Sinopsis Halalkan Hati Yang Kucuri

Sinopsis Halalkan Hati Yang Kucuri. Drama Halalkan Hati Yang Kucuri lakonan Aliff Aziz dan Farah Nabilah akan disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 23 Mei 2018. Halalkan Hati Yang Kucuri adaptasi novel Mia Kiff menggantikan Cinta Fatamorgana.

Drama bersiri arahan Hashim Rejab ini juga dibintangi oleh Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail dan ramai lagi. Halalkan Hati Yang Kucuri yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam telah diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd.

Sinopsis Halalkan Hati Yang Kucuri

Sinopsis Halalkan Hati Yang Kucuri

Halalkan Hati Yang Kucuri mengisahkan tentang Faiq dan Delisha yang merupakan pasangan suami isteri. Kedua-duanya sukakan kemewahan, kebebasan dan seringkali berseronok tanpa batas. Menasihati mereka berdua ibarat mencurah air ke daun keladi. Mereka bertindak melarikan diri akibat merajuk ditegur oleh keluarg.

Sebulan kemudian mereka membuat keputusan untuk pulang semula ke rumah. Mereka terkejut bila mendapati keluarga mereka telah hilang. Bukan sahaja banglo telah dijual tetapi syarikat keluarga mereka juga telah bertukar hak milik. Faiq dan Delisha cuba mendapatkan jawapan kepada misteri kehilangan keluarga mereka tetapi langsung tidak mendapatkan sebarang petunjuk.

Memandangkan duit mereka sudah semakin habis, mereka berdua sudah tidak ada pilihan lain selain mencari pekerjaan dan memulakan kehidupan mereka dari bawah. Jika dulu mereka pernah memandang hina pada beberapa jenis pekerjaan, kini demi untuk mendapatkan sesuap nasi mereka sanggup bekerja sebagai tukang cuci, buruh kontrak mahupun pengawal keselamatan.

Dapatkah Faiq dan Delisha menempuhi dugaan demi dugaan yang menimpa mereka. Berjayakah mereka berdua bertemu semula dengan keluarga mereka dan mendapatkan jawapan kepada misteri kehilangan keluarga mereka? Mampukah Faiq dan Delisha mengikis sikap buruk mereka yang gemar bersosial?

Bagaimana pula gandingan antara Aliff Aziz dan Farah Nabilah untuk Halalkan Cinta Yang Kucuri? Untuk mengetahui kesudahan drama ini, jangan lupa tonton Drama Halalkan Hati Yang Kucuri bermula 23 Mei 2018 jam 7:00 malam hanya di Slot Akasia TV3.
(Visited 2,962 times, 7 visits today)

Check Also

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3. Drama Andainya Takdir 2 lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar akan disiarkan …