Wednesday , 20 June 2018
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita mengisahkan Megat lakonan Shukri Yahaya telah mula bersiaran di Slot Akasia TV3. Drama Tiada Arah Jodoh Kita turut dibintangi oleh Aprena Manrose, Hafeez Mikail dan Erwin Dawson.

Drama  Tiada Arah Jodoh Kita akan bersiaran selama 28 episod pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam. Episod 1 Tiada Arah Jodoh Kita telah mula disiarkan semalam, 13 Februari 2018. Drama terbitan Primeworks Studio Sdn Bhd ini bertemakan konflik cinta dan perasaan.

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Afia Awliya setia menanti kepulangan kekasih hatinya, Fayyad Syakir yang menuntut di luar negara. Kebahagian yang diharapkan, tetapi kekecewaan pula yang diterimanya. Sebaik sahaja pulang, Fayyad telah meminta Afia untuk berkahwin dengan rakan baiknya bernama Megat Wakeel. Wakeel tidak akan hidup lama dan menunggu detik untuk kembali kepada penciptanya.

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Afia tidak bersetuju dengan cadangan Fayyad. Tetapi selepas berkenalan dengan Wakeel, Afia mula mengubah keputusan. Pertemuannya dengan Wakeel membuatkan rasa amarah Afia reda. Dis memberi persetujuan untuk disatukan dengan lelaki itu. Tetapi Afia perlu berdepan pula dengan Megat Aathif yang merupakan abang kepada Wakeel. Berbeza dengan sikap Wakeel, Aathif adalah seorang lelaki yang dingin dan suka menyakitkan hati.

Afia bahagia bergelar isteri Wakeel biarpun sepanjang hayatnya dia tidak pernah menyangka lelaki begitu akan menjadi pilihan hatinya. Namun takdir telah menentukan Wakeel akhirnya meninggal dunia. Pemergiaan Wakeel memberi tamparan hebat kepada Afia yang sangat merindui arwah suaminya.

Ketika dia bersedih, Fayyad kembali untuk menyambung cinta lama. Dalam masa yang sama Aathif juga menyimpan rasa cinta untuk dirinya.

Pelakon Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Senarai pelakon yang menjayakan Drama Tiada Arah Jodoh Kita adalah Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu dan ramai lagi

Lagu Tema Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Lagu Rahsia Tuhan nyanyian Ippo Hafiz telah dipilih sebagai lagu tema atau OST Drama Tiada Arah Jodoh Kita.

Dapatkah Fayyad dan Aathif membawa bahagia kepada kehidupan Afia. Antara keduanya yang mana berjaya membuka semula pintu hatinya?

Anda tertarik dengan Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita? Untuk mengetahui kesudahannya jangan lupa tonton setiap episod di slot Akasia TV3.

(Visited 374 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3. Drama Andainya Takdir 2 lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar akan disiarkan …