Saturday , 21 April 2018
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan Elizad Sharifuddin. Syurga Yang Kedua akan disiarkan di Astro Maya ganti drama Dendam Aurora bermula pada 12 Disember 2017.

Drama Syurga Yang Kedua akan bersiaran selama 70 episod pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang di saluran Astro Maya HD 135. Episod 1 Syurga Yang Kedua yang merupakan adaptasi dari sebuah sinetron Indonesia boleh ditonton mulai hari Selasa depan.

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Daniel dan Sabrina telah lama berumahtangga namun masih tiada rezeki untuk memiliki cahaya mata. Ibu Daniel telah meminta Daniel untuk berkahwin lagi untuk mendapatkan zuriat. Malah ibu Daniel telah pun memilih calon yang bernama Vivy untuknya. Vivy merupakan seorang doktor.

Sabrina telah mendengar perbualan antara suami dan ibu mertuanya. Dalam keadaan tertekan dia telah meninggalkan rumah. Dalam perjalanan, Sabrina terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Daniel akhirnya akur dengan permintaan ibunya dan bersetuju untuk berpoligami walaupun ketika itu Sabrina masih dirawat di hospital.

Pelakon Drama Syurga Yang Kedua

Pelakon yang menjayakan Drama Syurga Yang Kedua adalah Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizah Sharifuddin, Beego, Dato Jalaludin Hassan, Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Azizah Mahzan, Afifah Nasir, Nur Qistina Raisah dan ramai lagi. Drama bersiri ini telah diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd.

Lagu Tema Drama Syurga Yang Kedua

OST atau lagu tema untuk Drama Syurga Yang Kedua berjudul Takdir yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah

Mampukah kehidupan berpoligami untuk Daniel, Sabrina dan Vivy membawa kebahagian? Bagaimanakah mereka menghadapi pelbagai jenis konflik yang melanda?

Anda tertarik dengan Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua ini? Jangan lupa tonton setiap episod bermula 12 Disember 2017.

 

(Visited 5,325 times, 1 visits today)

Check Also

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah. Memang sakit bila disengat tebuan atau lebah. Rasa …