Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Papa Nak Menantu

Sinopsis Drama Papa Nak Menantu

Tonton Drama Papa Nak Menantu di slot Dahlia TV3. Sinopsis Drama Papa Nak Menantu lakonan Hafidz Roshdi, Aman Graseka dan Jaja Iliyes mengisahkan tentang seorang ayah yang mahukan anak tunggalnya mencari menantu untuknya sebelum di berusia 50 tahun.

Papa Nak Menantu adalah drama bergenre romantik komedi yang diadaptasi dari novel. Drama bersiri 20 episod ini telah diarahkan oleh Murali Abdullah dan Chad Abd Rahman. Drama ini telah mula bersiaran pada 4 Februari 2018. Papa Nak Menantu akan disiarkan pada setiap Jumaat hingga Ahad jam 6:58 petang di slot Dahlia TV3.

Sinopsis Drama Papa Nak Menantu

Sinopsis Drama Papa Nak Menantu

Pak Saad mempunyai seorang anak tunggal bernama Syahirah. Syahirah bukan sahaja keras kepala dan sukar dikawal tetapi dia juga pemalas dan agak kasar orangnya. Kerana sikap anaknya itu, Pak Saad telah memerintahkan Syahirah untuk mencari calon suami. Syaratnya jika Syahirah tidak berjaya membawa menantu untuk Pak Saad sebelum usia Pak Saad 50 tahun, Syahirah akan disatukan dengan Pak Mat Tempe yang berusia 55 tahun.

Takut dengan ugutan ayahnya itu, Syahirah berusaha mencari calon suami yang sesuai untuk dirinya. Sahabatnya Syakir dan Nabila turut sama membantu. Pelbagai dugaan perlu dilalui Syahirah sehingga akhirnya dia jatuh cinta pada Azrin Aidil yang merupakan seorang jurulatih di gym.

Senarai Pelakon Papa Nak Menantu

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama Papa Nak Menantu adalah Aman Graseka, Jaja Iliyes, Hafidz Roshdi, Aedy Ashraf, Haliza Misbun, Afiq Anuar, Hanis Nabila, Cik Manggis, Sheila Mambo dan ramai lagi.

OST Drama Papa Nak Menantu

Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd ini telah memilih lagu Jatuh nyanyian Sissy Imann sebagai lagu tema untuk Drama papa Nak Menantu.

Adakah Azrin Aidil bakal menantu Pak Saad? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton Drama Papa Nak Menantu di slot Dahlia TV3.
(Visited 569 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.┬áDrama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …