Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Monalisa Di Astro

Sinopsis Drama Monalisa Di Astro

Sinopsis Drama Monalisa Di Astro. Drama berjudul Monalisa lakonan Zara Zya dan Nazim Othman akan disiarkan di slot Tiara Astro Prima dan Maya HD bermula 20 Mac 2018. Monalisa akan menggantikan drama Syurga Yang Kedua yang akan menyiarkan episod terakhirnya petang ini.

Drama bersiri 80 episod arahan Shahrulezad Mohameddin ini juga dibintangi oleh Mona Allen, Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud, Fatin Nur Afifah dan ramai lagi . Monalisa yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang telah diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Monalisa Di Astro

Sinopsis Drama Monalisa

Monalisa mengisahkan tentang Melissa yang merupakan pewaris sebuah hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan dengan Johan yang merupkan pengurus di hotel yang sama. Persahabatan antara Melissa dan Ramona merubahkan segalanya.

Ramona cemburu dengan segala kemewahan yang dimiliki Melissa. Dia telah merancang untuk mengambil semuanya dari Melissa. Malah Johan juga ingin dimilikinya. Entah macam mana Ramona telah berjaya meyakinkan semua ahli lembaga pengarah untuk memecat Melissa dari menjadi naib presiden.

Kehidupan Melissa mula ditimpa kesusahan. Ketika itu hadirnya Adam untuk membantu Melissa. Adam menawarkan Melissa bekerja di restoran miliknya. Sebelum ini Adam pernah bekerja sebagai seorang chef di hotel milik Melissa.

Dalam masa yang sama Melissa nekad untuk membalas dendam terhadap Ramona dan merampas kembali segala yang pernah menjadi miliknya.

Apa akan terjadi kepada Melissa? Berjayakah kebenaran berada pada pihaknya?

Biodata Zara Zya

Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Binti Mohd Zainuddin merupakan seorang pelakon dan pengacara. Namanya mula meningkat naik selepas bergandingan bersama Azlee Khairi dalam drama bersiri Love You Mr Arrogant. Mungkin ramai yang tidak tahu, Zara Zya pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2005.

Biodata Nazim Othman

Nazim Othman pernah bekerja sebagai pramugara sebelum menjinakkan diri dalam dunia lakonan. Penampilan pertama Nazim menerusi drama Frontpage yang disiarkan pada tahun 2008. Dilahirkan pada 16 September 2008, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Bin Othman adalah suami kepada pelakon Bella Dally

Biodata Mona Allen

Mona Allen adalah seorang pelakon yang mula dikenali menerusi drama Mr Donut Karamel. Munna Hafiraneza Allen atau Mona Allen juga pernah berlakon dalam drama Cik Serba Tahu.

 Bagaimana pula gandingan antara Zara Zya dan Nazim Othman untuk Monalisa? Untuk mengetahui kesudahan kisah adaptasi drama Korea berjudul ‘Two Women’s Room ini jangan lupa tonton Drama Monalisa di Astro Prima dan Maya HD bermula 20 Mac ini jam 6:00 petang.
(Visited 3,934 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …