Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu. Ikuti Drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose bakal menemui penonton di slot MegaDrama Astro Ria. Drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah ini dijangka akan disiarkan bermula 15 Januari 2018 ganti My Coffee Prince.

Apakah Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu?

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu arahan Along Kamaludin telah diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd turut akan disiarkan di Astro Ria HD 132. Selain Farid Kamil dan Nelydia Senrose, barisan pelakon lain yang menjayakan drama ini adalah Nadiyah Shahab, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nur Qistina Raisah dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Lafazkan Kalimah Cintamu mengisahkan tentang Tengku Aqilah (Nelydia Senrose) yang disisihkan oleh ayah kandungnya sendiri yang bernama Tengku Hisham. Tengku Hisham menyalahkan anak bongsunya itu sebagai punca kematian isterinya.

Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan. Akhirnya selepas tamat pengajian, dia pulang semula ke Malaysia tetapi kepulangannya itu seolah membawa duka pada kehidupannya.

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengku Natasha (Nadiyah Shahab) adalah kakak kepada Tengku Aqilah dan juga merupakan anak kesayangan Tengku Hisham. Biarpun masa telah lama berlalu, Tengku Natasha masih berdendam terhadap adiknya.

Kerana ingin menagih kasih ayahnya, Tengku Aqilah sanggup bekerja sebagai penyambut tetamu atau ‘Tea Lady’ di syarikat milik keluarga. Jawatan itu telah diberikan oleh Tengku Natasha kepadanya hanya dengan niat untuk memperlekehkannya.

Tengku Ryan Ameer (Farid Kamil) adalah seorang lelaki tampan yang berdarah kacukan Inggeris Melayu. Lelaki yang angkuh dan sombong itu merupakan anak kepada Tengku Hashim yang juga merupakan pemilik syer terbesar di Syarikah Megah Holdings.

Baca juga⇒ Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela

Tengku Ryan Ameer tidak menyenangi kehadiran Tengku Aqilah. Setiap kali mereka berdua bertemu pasti akan tercetus perang mulut. Tengku Aqilah sedar bahawa Tengku Ryan Ameer sangat membencinya.

Sebaliknya Tengku Hashim sangat menyayangi Tengku Aqilah yang juga merupakan anak saudaranya. Sebelum Tengku Hashim meninggal, dia telah meninggalkan satu wasiat yang telah merubah semuanya.

Untuk mengetahui apakah kandungan wasiat itu dan berjayakah Tengku Aqilah diterima semula oleh bapanya, nantikan siaran drama Lafazkan Kalimah Cintamu di slot MegaDrama saluran Astro Ria dan Ria HD.

Menarik tak Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini?

(Visited 633 times, 1 visits today)