Saturday , 21 April 2018
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela

Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela

Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela mengisahkan tentang Adham lakonan Remy Ishak telah mula disiarkan di slot Akasia TV3. Kekasih Paksa Rela turut dibintang oleh Intan Najuwa dan Ain Edruce yang membawa watak Hanan Khaira dan Rosnaida.

Drama Kekasih Paksa Rela akan bersiaran selama 28 episod pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam. Episod 1 Kekasih Paksa Rela telah disiarkan pada 26 Disember yang lepas. Drama terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd ini mengisahkan tentang konflik berumahtangga dan poligami.

Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela

Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela

Selepas tamat pengajian, Adham dan Rosnaida telah bernikah walaupun tidak mendapat restu dari ayah Adham iaitu Dato Azman. Perkahwinan tanpa restu tu membuatkan Dato Azman sukar untuk menerima Rosnaida sebagai menantunya. Adham telah mencuba pelbagai cara untuk melembutkan hati ayahnya agar dapat menerima Rosnaida dalam keluarga mereka. Namun kesemua usaha Adham gagal.

Kecewa dengan sikap Dato Azman, Rosnaida akhirnya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di luar negara. Dia membawa diri ke Amerika Syarikat dan enggan lagi pulang ke Malaysia.

Hendak dijadikan cerita, semasa ketiadaan Rosnaida di Malaysia, Adham telah membantu menyelamatkan Hanan dari menjadi mangsa kejahatan bapa tirinya. Selepas kejadian itu, hubungan antara Adham dan Hanan menjadi semakin rapat. Kerana tidak mahu hubungan akrab mereka menjadi buah mulut orang dan seterusnya menimbulkan fitnah, Adham telah membuat keputusan untuk bernikah dengan Hanan. Keputusan itu dibuat tanpa berbincang dulu dengan Rosnaida.

Konflik mula tercetus bila tiba-tiba Rosnaida pulang semula ke Malaysia.

Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela

Pelakon yang menjayakan drama Kekasih Paksa Rela arahan Idora Abdul Rahman adalah Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Hazman Al-idrus, Azhar Amir, Fatin Afeefa

Lagu Tema Drama Kekasih Paksa Rela

Lagu Pasti nyanyian Cherpen Band telah dipilih sebagai OST atau lagu tema untuk drama bersiri 28 episod ini.

Antara Hanan dan Rosnaida siapa yang akan dilepaskan oleh Adham? Atau Adham akan berlaku adil dalam kehidupan berpoligami?

Anda tertarik tak dengan Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela? Untuk mengetahui kesudahannya, jangan lupa tonton setiap episod.

(Visited 3,510 times, 1 visits today)

Check Also

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah. Memang sakit bila disengat tebuan atau lebah. Rasa …