Friday , 20 October 2017
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Dendam Aurora

Sinopsis Drama Dendam Aurora

Notawanita kongsikan Sinopsis Drama Dendam Aurora lakonan Nabila Huda dan Ungku Ismail. Pastinya drama Dendam Aurora dinantikan ramai kerana menampilkan gandingan dua pelakon yang berbakat besar.

Selain Nabila Huda dan Ungku Ismail, turut menjayakan drama bersiri 100 episod ini adalah Shah Iskandar, Anzalna Nasir, Dian P Ramlee, Eizlan Yusof, Oktovia Manrose, Aedy Ashraf, Adam Lee dan ramai lagi. Drama Dendam Aurora merupakan adaptasi dari Tuscan Passion sebuah telenovela Itali.

Sinopsis Drama Dendam Aurora

Sinopsis Drama Dendam Aurora

Dendam Aurora mengisahkan tentang Aurora lakonan Nabila Huda yang membalas dendam terhadap individu-individu yang pernah menganiayanya serta bertindak merampas semula apa yang pernah menjadi miliknya.

Drama arahan Feroz Kader dan Muhd Riza Baharudin ini telah diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan akan disiarkan bermula 25 Julai ini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang hanya di saluran Astro Prima 104 dan Maya HD 135.

OST Drama Dendam Aurora bertajuk Nisan Cinta yang dinyanyikan secara duet oleh Jaclyn Victor dan Siti Nordiana.

Kepada semua peminat drama bergenre sebegini, jangan lupa tonton Drama Dendam Aurora bermula dengan siaran episod pertama pada 25 Julai nanti ye.

(Visited 1,810 times, 2 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *