Tuesday , 12 December 2017
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di slot Samarinda TV3. Dekatkan Jarak Kita yang merupakan adaptasi dari sebuah cerpen turut menampilkan Syafiq Kyle yang membawa watak Tashriq.

Drama Dekatkan Jarak Kita akan bersiaran selama 15 episod pada setiap Isnin hingga Rabu jam 10:00 malam. Episod 1 Dekatkan Jarak Kita dan disiarkan semalam, memang menarik juga jalan ceritanya yang menampilkan sedikit kelainan. Drama terbitan JS Pictures memang kerap memaparkan kisah kekeluargaan dengan mesej yang tersendiri.

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Tashriq dan Sofea merupakan pasangan kembar tak seiras yang hidup bersama ibu mereka bernama Umi Khadijah. Ayah kandung mereka telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Kehadiran Tuan Kamil yang merupakan seorang sahabat lama keluarga telah merubah kehidupan mereka bertiga. Berpura-pura baik, Tuan Kamil yang sebenarnya telah muflis, berkahwin dengan Umi Khadijah untuk membolot hartanya.

Dalam diam Tuan Kamil telah memperalatkan Tashriq untuk menjayakan agendanya. Perkara pertama yang dilakukan adalah untuk menyingkirkan Sofiya dari kehidupan mereka. Pada suatu hari Tuan Kamil telah membawa mereka bertiga berkhemah. Sewaktu perkhemahan tiba-tiba Sofiya pula hilang. Kehilangan Sofiya sangat merisaukan Umi Khadijah kerana anaknya itu menghidap penyakit leukimia. Sofiya disahkan telah meninggal dunia, biarpun mayatnya tidak ditemui.

Hendak dijadikan cerita, sepasang suami isteri Encik Kifli dan Puan Zainab telah menemui Sofiya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mereka membuat keputusan untuk mengambilnya sebagai anak angkat memandangkan Sofiya seolah tidak tahu asal usulnya. Allysa anak kandung Encik Kifli dan Puan Zainab sangat gembira dengan kehadiran Sofea. Kedua-duanya menjadi sangat akrab ibarat adik beradik kandung. Encik Kifli dan Puan Zainab juga sanggup bergadai untuk rawatan penyakit leukimia Sofiya.

Namun hubungan antara Allysa dan Sofiya mulai renggang dengan kehadiran Arif. Kedua-duanya memendam perasaan pada lelaki itu tetapi dalam diam Allysa dan Arif menjalinkan perhubungan tanpa pengetahuan Sofiya. Bila mendapat tahu bahawa kedua-duanya bakal disatukan, Sofiya telah membawa diri dan mengabaikan kesihatannya. Akhirnya Sofiya meninggal dunia.

Namun sebelum itu dia sempat meninggalkan sebuah kotak yang mengandungi amanah terakhirnya buat Allysa. Dalam kotak itu mengandungi bahan-bahan DNA miliknya, antara rambut, kuku, darah dan sebagainya. Juga sekeping surat yang menceritakan segalanya. Sofiya telah mengamanahkan Alyssa untuk menyamar sebagai dirinya dan mencari keluarga kandungnya.

Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita

Pelakon yang menjayakan Drama Dekatkan Jarak Kita arahan Azman Yahya (Jinggo) adalah Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Catriona Ross, Azhan Rani, Wan Sharmila, Emma Akma, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Aishah Atan, Rashid Jaafar dan Ziyan Ibrahim

Lagu Tema Drama Dekatkan Jarak Kita

Lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli telah dipilih sebagai OST atau lagu tema untuk drama bersiri ini.

Dapatkah Alyssa mendapatkan kebenaran bagi pihak Sofiya? Bagaimana pula layanan Tuan Kamil dan Tashriq terhadap dirinya?

Menarik tak Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita ini? Jangan lupa tonton setiap episod untuk mengetahui kesudahannya.

(Visited 4,204 times, 101 visits today)

Check Also

Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti

Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti

Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti. Bila membeli telur, adakalanya agak sukar untuk tahu beza …