Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti Di Astro

Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti Di Astro

Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti Di Astro. Drama berjudul Cinta Tiada Ganti lakonan Nelydia Senrose dan Aedy Ashraf akan disiarkan di slot Tiara Astro Prima dan Maya HD bermula 10 Julai 2018. Drama Cinta Tiada Ganti akan menggantikan Monalisa yang telah menyiarkan episod akhir semalam.

Drama bersiri 100 episod arahan Feroz Kader ini juga dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Ben Amir, Dian P Ramlee, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza dan ramai lagi . Cinta Tiada Ganti yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang telah diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti Di Astro

Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti

Cinta Tiada Ganti mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Mukhriz. Dia berasal dari keluarga bangsawan dan bakal mewarisi kesemua harta peninggalan. Ara pula adalah seorang gadis biasa.

Mukhriz dan Ara bertemu di atas sebuah kapal. Pertemuan yang singkat itu telah menerbitkan rasa cinta antara mereka. Di mata Mukhriz, Ara adalah seorang gadis yang sangat sempurna. Dia dapat menerima Ara seadanya.

Perhubungan mereka pada awalnya sangat indah. Di sebalik kebahagian Mukhriz, ada sesuatu yang dipendamkannya. Dia sebenarnya menyimpan dendam terhadap seorang lelaki yang telah membunuh ibunya.

Perhubungan antara Mukhriz dan Ara mendapat tentangan keluarga. Demi cinta Mukhriz sanggup menentang keluarganya. Namun Mukhriz tidak pernah menyangka bahawa Ara adalah anak kepada lelaki yang menjadi pembunuh ibunya.

Apakah akan terjadi kepada hubungan Mukhriz dan Ara setelah dia mengetahui kebenaran? Dapatkah Mukhriz menerima hakikat tersebut?

Menarik juga Sinopsis Drama Cinta Tiada Ganti ini kan. Sis memang pengikut drama bersiri di Slot Tiara bermula dari Dendam Aurora yang disiarkan tahun lepas. Selepas tu ada Syurga Yang Kedua dan yang baru berakhir Monalisa. Semuanya banyak episod, antara 80 ke 100. Kena tonton dengan penuh kesabaran dalam 5 ke 6 bulan lamanya.

Kesemua drama bersiri di slot Tiara Astro Prima dan Maya HD ini merupakan adaptasi dari drama bersiri luar negara. Drama Cinta Tiada Ganti ini diadaptasi dari drama bersiri Filipina Sana’y Wala Nang Wakas. Drama ni pernah juga disiarkan di Malaysia agak lama dulu.

OST Cinta Tiada Ganti

Lagu tema Drama Cinta Tiada Ganti berjudul Jodohku nyanyian Khai Bahar.

Bagaimana pula gandingan antara Nelydia Senrose dan Aedy Ashraf untuk Cinta Tiada Ganti? Untuk mengetahui kesudahan kisah cinta antara Mukhriz dan Ara jangan lupa tonton Drama Cinta Tiada Ganti di Astro Prima dan Maya HD bermula 10 Julai ini jam 6:00 petang.
(Visited 2,901 times, 2 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *