Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Cinta Lemon Madu Di TV3

Sinopsis Drama Cinta Lemon Madu Di TV3

Sinopsis Drama Cinta Lemon Madu Di TV3. Drama berjudul Cinta Lemon Madu lakonan Aidil Aziz dan Ruhainies akan disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 8 Ogos 2018. Drama Cinta Lemon Madu akan menggantikan Seandainya Takdir 2 yang akan menyiarkan episod akhir malam ini

Drama bersiri 13 episod arahan Hashim Rejab ini juga dibintangi oleh Riena Diana, Eyra Hazali, Epy Kodiang, Kazar Saisi, Mubarak Majid, Helvera Susanti, Siti Noor Fadilla, Eylla Diefila, Zya Naziha, Carolia, Jaafar Hassan, Abil, Farah, Siti Riwiyani, Hanis Kamal Bakar dan ramai lagi . Cinta Lemon Madu yang akan disiarkan pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9:00 malam telah diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Cinta Lemon Madu Di TV3

Sinopsis Drama Cinta Lemon Madu

Cinta Lemon Madu mengisahkan tentang tentang seorang lelaki bernama Firash. Dia telah dijodohkan dengan adik angkatnya yang bernama Haida. Firash redha dengan perkahwinan itu kerana berasa terhutang budi dengan keluarga angkatnya. Firash diambil sebagai anak angkat oleh keluarga berada tersebut ketika dia masih kecil. Sewaktu itu ibunya telah meninggal dunia dan tiada siapa untuk menjaganya.

Mungkin kerana Haida masih muda, dia lebih suka berseronok. Firash seringkali rasa terabai. Satu hari Firash telah berkenalan dengan Aisyah. Kebetulan mereka telah berjumpa ketika Firash menyelamatkan Aisyah dari peragut.

Apakah akan terjadi kepada perhubungan antara Firash dan Haida setelah kehadiran Aisyah?

Kalau tak silap sis, Drama Cinta Lemon Madu ini telah disiarkan di tonton tidak lama dulu. Yang dah menonton tu tentu dah tahu kesudahannya. Berdasarkan tajuk, sis macam dapat menjangka apa akan terjadi seterusnya. Boleh ke Haida dan Aisyah bermadu? Eh tapi betul ke diorang berdua itu akan bermadu?

Melalui teaser Cinta Lemon Madu yang sis tengok semalam, Firash nampak macam tak berapa nak setuju untuk berkahwin dengan Haida. Alasannya dia menganggap Haida tu macam adiknya. Yelah sebab dari kecil dah membesar bersama kan. Agaknya bahagia ke diorang nanti?

OST Cinta Lemon Madu

Lagu tema Drama Cinta Lemon Madu Bulan Indah nyanyian Zara Ali.

Bagaimana pula gandingan antara Aidil Aziz, Ruhainies dan Riena Diana untuk Cinta Lemon Madu? Untuk mengetahui kesudahan kisah cinta antara mereka bertiga jangan lupa tonton Drama Cinta Lemon Madu di Slot Lestary TV3 bermula 8 Ogos ini jam 9:00 malam.

(Visited 1,972 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *