Thursday , 21 September 2017
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu. Cik Serba Tahu adalah drama terbaru yang akan bersiaran di Astro Ria menggandingkan Remy Ishak dan Sari Yanti. Drama 16 episod ini merupakan sebuah lagi adaptasi novel.

Drama Cik Serba Tahu telah diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Turut membintangi drama ini adalah Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Aerna digelar Cik Serba Tahu kerana semua perkara dia boleh tahu. Mula mula dia main agak je, tetapi apa yang diagak semua menjadi kenyataan. Malah semua rahsia yang melibatkan Encik Benjamin dan Encik Bunyamin pun dia boleh tahu.

Kerana sikap serba tahunya, ayah Aerna risau si anak akan mengabaikan diri sendiri. Dia nekad menjodohkan si anak gadis dengan mana-mana lelaki yang berani untuk masuk meminang.

Muncul pula Carl Adham yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memikat Aerna. Tetapi Aerna seperti belum terbuka hati untuk menerima lamaran si jejaka yang baru dikenalinya itu.

Untuk mengetahui kesudahan kisah antara Carl Adham dan Cik Serba Tahu Aerna ini, jangan lupa tonton Drama Cik Serba Tahu bermula malam ini 27 Mac 2017 jam 10:00 malam hanya di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
(Visited 860 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

Apakah Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita? Ramai wanita yang keliru tentang masalah keputihan. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *