Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek lakonan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria. Drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek akan menggantikan Alamatnya Cinta yang telah menyiarkan episod akhir minggu lepas.

Drama bersiri 20 episod arahan Hadith Omar ini juga dibintangi oleh Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali  dan ramai lagi .Cik Reen dan Encik Ngok Ngek yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10:00 petang telah diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek mengisahkan tentang Azreen dan Harris. Beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan antara Izan dan Iqram, mereka berdua didapati telah menghilangkan diri. Demi untuk menutup malu, majlis tetap juga dilangsungkan tetapi berganti pengantin lain pula.

Azreen yang merupakan kakak kepada Izyan, disatukan dengan abang Iqram bernama Harris. Setelah berkahwin, Azreen dan Hariz telah membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqram. Mereka berdua merancang untuk berpisah jika mereka berjaya memujuk Izyan dan Iqram untuk pulang.

[bctt tweet=”Sinopsis Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek di slot MegaDrama Astro Ria” via=”no”]

Azreen nekad untuk tidak jatuh hati kepada Harris kerana lelaki itu sudah ada kekasih hati bernama Zaza. Namun dalam misi mencari Izyan dan Iqram, Azreen mula jatuh hati pada Harris.

Berjayakah Azreen dan Harris membawa Izyan dan Iqram pulang ke rumah? Akan kekal bersatukah kedua-duanya atau akan terlerai juga perkahwinan mereka?

Drama bersiri ini merupakan adaptasi dari novel The Misadventures Of Cik Reen & En. Ngok Ngek karya Maya Adira. Yang dah baca novel tersebut mesti dah boleh agak bagaimana penghujungnya nanti kan.

OST Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Lagu tema Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek berjudul Satu Peluang nyanyian Andi Bernadee.

Jangan Lupa Tonton : Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Bagaimana pula gandingan antara Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim untuk Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek? Untuk mengetahui kesudahan kisah mereka jangan lupa tonton Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek di Astro Ria dan Ria HD bermula 1 Oktober ini jam 10:00 malam.

(Visited 1,327 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah. Bakal disiarkan di Astro …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *