Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Alamatnya Cinta Astro Ria

Sinopsis Drama Alamatnya Cinta Astro Ria

Sinopsis Drama Alamatnya Cinta Astro Ria. Drama berjudul Alamatnya Cinta lakonan Hisyam Hamid dan Hannah Delisha akan disiarkan di Astro Ria bermula 20 Ogos 2018. Drama Alamatnya Cinta diadaptasi dari drama popular Korea Full House.

Drama bersiri arahan Bernard Chauly ini juga dibintangi oleh Fahad Iman, Cik Manggis, Alicia Amin, Adam Amin, Jasmine Suraya, Azhar Sulaiman, Shah Rezza, Dian P Ramlee dan ramai lagi . Alamatnya Cinta yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam telah diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Alamatnya Cinta Astro Ria

Sinopsis Drama Alamatnya Cinta

Alamatnya Cinta mengisahkan tentang seorang gadis. Dia merupakan seorang penulis. Dia telah ditipu oleh sahabatnya sendiri. Semua yang dimilikinya termasuk rumah pusaka milik keluarganya yang telah dijual kepada seorang pelakon lelaki yang sombong bernama Faliq Asad. Gadis itu nekad untuk memiliki kembali rumahnya. Dia membuat keputusan untuk berkahwin kontrak dengan pelakon yang telah membeli rumahnya itu.

Dapatkah si gadis mendapatkan kembali semua yang dimilikinya?

Bagi anda yang dah pun mengikuti drama korea Full House mesti dah boleh agak jalan ceritanya bagaimana nanti kan.  Tapi selalunya drama adaptasi ni ada juga jalan cerita yang diolah mengikut kesesuaian drama tempatan.

OST Drama Alamatnya Cinta

Lagu tema drama Alamatnya Cinta berjudul Hana nyanyian Aziz Harun dan Hannah Delisha

Trailer Drama Alamatnya Cinta

Bagaimana pula gandingan antara Hisyam Hamid dan Hannah Delisha untuk Alamatnya Cinta? Untuk mengetahui kesudahan kisah antara mereka, jangan lupa tonton Drama Alamatnya Cinta di Astro Ria 104 dan Ria HD 123  bermula 20 Ogos ini jam 10:00 malam.

(Visited 1,726 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *