Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Aku Di Sisimu

Sinopsis Drama Aku Di Sisimu

Sinopsis Drama Aku Di Sisimu mengisahkan tentang Laila lakonan Fouziah Gous akan disiarkan di Slot Widuri TV1. Aku Di Sisimu turut menampilkan Natasha Elyzza yang akan membawakan watak sebagai Mira.

Drama Aku Di Sisimu akan bersiaran selama 26 episod pada setiap Jumaat hingga Ahad. Episod 1 Aku Di Sisimu akan mula disiarkan hari ini 17 Disember pada pukul 7:00 malam. Drama bersiri ini telah diarahkan oleh Johan Bahar dan diterbitkan oleh KL Motion Pictures.

Sinopsis Drama Aku Di Sisimu

Sinopsis Drama Aku Di Sisimu

Laila adalah seorang suri rumah dan merupakan isteri kepada Nasa dan ibu kepada Sarah. Suatu hari Nasa terlibat dalam kemalangan jalan raya yang telah menyebabkan dirinya koma. Selepas kejadian itu, Sarah tidak mahu bercakap dengan ibunya kerana merasakan bahawa Laila adalah punca Naza terlibat dalam kemalangan itu.

Mira pula adalah seorang jururawat yang bertugas dalam hospital yang sama tempat Nasa dirawat. Dia masih belum lagi dikurniakan zuriat. Mira selalu memujuk Sarah untuk bercakap semula dengan ibunya. Kebetulan Mira baru sahaja ditawarkan pemberhentian kerja secara sukarela dan bercadang untuk mengunakan wang pampasan tersebut untuk rawatan IVF. Tetapi niatnya itu dibantah oleh semuanya.

Sukar untuk Laila bekerja kerana terpaksa menjaga suami dan anak-anak. Kerana rasa simpati, bapa Laila telah memberikan geran tanah kepadanya dan membenarkan Laila untuk menjual geran tanah tersebut untuk belanja kos rawatan Nasa yang agak besar jumlahnya.

Di hospital tempat Mira bekerja, ada seorang pesakit kencing manis yang bernama Encik Shukor. Biarpun dia telah dibenarkan keluar, dia berat hati untuk balik kerana dua anaknya sering bergaduh dan tidak mahu menjaganya. Encik Shukor telah mencadangkan agar Mira membuka sebuah rumah jagaan pesakit menggunakan duit pampasan itu. Encik Shukor mahu Mira terus menjaganya.

Kerana rasa simpati, Mira telah menawarkan kepada Laila untuk menjadi rakan kongsinya. Dengan sokongan dari ayahnya Laila bersetuju. Lagipun dalam masa yang sama dia dapat menjaga ayahnya.

Pelakon Drama Aku Disisimu

Selain Fouziah Gous dan Natasha Elyzza, antara pelakon lain yang turut menjayakan Drama Aku Disisimu adalah Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania, Hilal Azman, Azzahra Ahmad, Hafiz Halim dan ramai lagi.

Mampukah Laila dan Mira meneruskan niat baik mereka itu bersama? Dalam masa yang sama, pelbagai halangan yang perlu mereka lalui.

Menarik tak Sinopsis Drama Aku Disisimu ini? Untuk mengetahui kesudahannya, jangan lupa tonton episod 1 Aku Disisimu.

(Visited 770 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.¬†Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …