Sinopsis Doa Ku Mohon Slot Iris TV3

Sinopsis Doa Ku Mohon Slot Iris TV3. Drama Doa Ku Mohon lakonan Mumtazar Ghufran, Datin Paduka Eina Azman dan Sweet Qismina akan disiarkan di slot Iris TV3 bermula 23 Mei 2018. Doa Ku Mohon disiarkan istimewa sempena bulan Ramadan.

Drama bersiri 10 episod arahan Rusdi Ramli ini juga dibintangi oleh Syamim Razi, Afzan A. Rahman, Safwan Syafiq, Niena Baharun, Julia Farhana Marin, Neera Azizi, Azira Shafinaz, Hafidz Roshdi, Reen Rahim, Azrel Ismail, Sherry Ibrahim, Eyra Hazali, Sharifah Shahora, Qazem Nor dan ramai lagi. Doa Ku Mohon yang akan disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis pukul 6:30 petang telah diterbitkan oleh Jutaan Ringgit Sdn Bhd.

Sinopsis Doa Ku Mohon Slot Iris TV3

Sinopsis Doa Ku Mohon

Doa Ku Mohon mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang gemuk bernama Boy. Kalau ada makanan di depan mata, Boy akan makan dengan gelojohnya tanpa membaca doa terlebih dahulu. Ibu Boy yang bernama Kasma sudah puas menegur dan menasihati Boy. Tetapi Boy terus dengan sikap yang sama.

Suatu hari Boy terkena keracunan makanan. Dia menyesal dengan sikapnya yang pantang nampak makanan di depan mata. Boy mula berubah sikap dan memastikan dia akan membaca doa terlebih dahulu setiap kali sebelum menjamah makanan.

Lain pula yang berlaku kepada Omar yang tidak mengamalkan doa sewaktu ingin ke tandas. Apakah yang terjadi kepada Omar? Bolehkah kejadian yang menimpa Boy dijadikan pengajaran buat Omar?

Bagaimana pula gandingan antara Mumtazar Ghufran, Datin Paduka Eina Azman dan Sweet Qismina dalam Doa Ku Mohon? Untuk mengetahui kesudahan drama ini yang bersiaran selama 10 episod, jangan lupa tonton Doa Ku Mohon di Slot Iris bermula 23 Mei 2018 jam 6:3o petang hanya di TV3.

(Visited 159 times, 1 visits today)
Jangan Lupa Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *