Saturday , 20 January 2018
Home » Santai Depan TV » Sinopsis Datin Glam TV3

Sinopsis Datin Glam TV3

Nantikan telefilem Datin Glam di Cerekarama TV3. Sinopsis Datin Glam lakonan Ziana Zain mengisahkan tentang seorang wanita yang cuba menyesuaikan diri setelah berkahwin dengan seorang Datuk, watak yang dibawakan oleh Norman Hakim.

Rasa seperti lama juga tak tengok Ziana Zain berlakon kan. Telefilem istimewa sempena Anugerah Juara Lagu TV3 ini turut dijayakan oleh Rita Rudaini, Amyza Aznan, Norlia Ghani dan Datuk Chef Wan. Pasti tak kering gusi tonton telefilem Datin Glam.

Sinopsis Datin Glam

Sinopsis Datin Glam TV3

Datin Glam mengisahkan tentang Datin Ros (Amyza Aznan) yang terlantar sakit. Sebelum menutup mata, Datin Ros teringin untuk mencari calon isteri pengganti dirinya buat suaminya Datuk Kamal (Norman Hakim). Nona (Ziana Zain) yang merupakan sepupu kepada Datin Ros dirasakan calon yang paling layak.

Selepas Datin Ros meninggal, Nona terpaksa berkawin dengan Datuk Kamal. Memandangkan dirinya kini bergelar seorang Datin, Nona cuba untuk menyesuaikan diri dan mengubah penampilannya.

Telefilem Datin Glam telah diarahkan oleh pengarah tersohor Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Rashbir Media Sdn Bhd. Para peminat Ziana Zain, tentu rindu nak tengok lakonan penyanyi kegemaran ramai tu kan.

Jadi untuk mengetahui kesudahan kisah Nona, berjayakah dia mengubah penampilannya atau tidak, nantikan siaran Datin Glam di slot Cerekarama pada 13 Januari 2018 jam 10:00 malam hanya di TV3.

(Visited 67 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Daging Masak Hitam Tradisional

Resepi Daging Masak Hitam Tradisional

Resepi Daging Masak Hitam Tradisional ini sangat sedap dan mudah disediakan. Daging Masak Hitam memang …