Wednesday , 20 June 2018
Home » Santai Depan TV » Telefilem » Sinopsis Daffodil Lara Slot Citra TV2

Sinopsis Daffodil Lara Slot Citra TV2

Sinopsis Daffodil Lara Slot Citra TV2. Telefilem berjudul Daffodil Lara lakonan Amyra Rosli dan Hafeez Mikail akan disiarkan di slot Citra TV2 pada hari Jumaat 1 Jun 2018. Daffodil Lara turut dibintangi oleh Amar Baharin.

Telemovie arahan Rahila Ali ini juga dibintangi oleh Nabihan, Marissa Yasmin  dan ramai lagi. Daffodil Lara yang akan disiarkan pada pukul 9:30 malam telah diterbitkan oleh Pena Creative Sdn Bhd.

Sinopsis Daffodil Lara Slot Citra TV2

Sinopsis Daffodil Lara

Daffodil Lara mengisahkan tentang dua orang sahabat yang bernama Lara dan Hairi. Lara menguruskan sebuah kafe di Cardiff. Kafe itu milik ibunya yang bernama Jane. Hairi pula adalah seorang penuntut universiti yang turut bekerja sambilan di kafe tersebut.

Hairi dan Lara kerap meluangkan masa bersama. Memandangkan kedua-duanya berada jauh di perantauan, mereka selalu berkongsi segala suka duka bersama. Lara dan Hairi sentiasa saling memerlukan dan saling memahami.

Dalam diam Hairi mula jatuh cinta pada Lara. Dia mengharapkan Lara juga mempunyai perasaan yang sama untuknya. Namun Lara selalu mengelak bila Hairi mula berbicara tentang soal hati. Bagi Lara dia belum dapat menerima mana-mana lelaki dalam hatinya setelah kematian kekasih dan ayahnya.

Satu hari Lara berkenalan dengan Ilham. Entah macam mana, mudah pula Lara membuka hati untuk lelaki itu. Dia membawa Ilham berjumpa dengan ibunya. Pertemuan antara Jane dan Ilham telah membuka satu rahsia besar. Rupanya Ilham adalah anak susuan Jane sewaktu dia masih bayi lagi.

Sukar untuk Lara dan Ilham menerima bahawa mereka adalah saudara susuan. Jane sedih kerana rahsia silamnya itu telah membuatkan Lara kembali kecewa.

Apakah kesudahan kisah Lara? Dapatkah Lara bangkit sekali lagi dari kekecewaan itu dan menerima lelaki lain dalam hatinya? Adakah pintu hatinya akan terbuka untuk Hairi selepas itu?

Bagaimana pula gandingan antara Amyra Rosli, Hafeez Mikail dan Amar Baharin untuk Daffodil Lara ? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton telefilem Daffodil Lara di slot Citra TV2 pada 1 Jun Jumaat jam 9:30 malam.

(Visited 146 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3. Drama Andainya Takdir 2 lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar akan disiarkan …