Home » Santai Depan TV » Sinopsis Cinta Tanpa Syarat Di NTV7

Sinopsis Cinta Tanpa Syarat Di NTV7

Sinopsis Cinta Tanpa Syarat Di NTV7. Telefilem berjudul Cinta Tanpa Syarat lakonan Elfira Loy dan Harris Baba akan disiarkan di slot Luna NTV7 pada hari Ahad 11 Mac 2018. Cinta Tanpa Syarat merupakan telefilem pertama yang disiarkan di slot Luna selepas NTV7 berwajah baru beberapa hari yang lepas.

Telemovie arahan Tam Suhaimi ini juga dibintangi oleh Kilafairy, Haris Zainuddin, Emelda Rosemila, Irene Santiago, Norlia Ghani, Dafi Ismail dan ramai lagi. Cinta Tanpa Syarat yang akan disiarkan pada pukul 8:30 malam telah diterbitkan oleh Fave Productions Sdn Bhd.

Sinopsis Cinta Tanpa Syarat Di NTV7

Sinopsis Cinta Tanpa Syarat

Cinta Tanpa Syarat mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Zahirah. Dia merupakan seorang lulusan senireka fesyen. Suatu hari Zahirah menerima berita bahawa ada sebuah keluarga yang datang untuk merisiknya.

Siapakah lelaki yang merisik Zahirah? Dan bagaimana penerimaan Zahirah?

Biodata Elfira Loy

Elfira Loy adalah seorang pelakon yang banyak membintangi drama dan telefilem tempatan. Selain itu dia turut menjadi model iklan TV dan pengacara untuk program-program TV. Kerjaya lakonan Elfira bermula seawal usia 12 tahun bila dia membintangi teater Ali Baba The Musical. Manakala telemovie pertama lakonannya berjudul Cinta Itu Buta dimana dia membawa watak sebagai seorang gadis sekolah.

Biodata Harris Baba

Harris Baba atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba  merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model yang berasal dari Singapura. Beliau berdarah kacukan Iran, Pakistan dan Cina. Telefilem pertama lakonannya berjudul Cinta Viral dimana kebetulan dia juga digandingkan dengan Elfira Loy. Selain itu Harris Baba juga pernah berlakon dalam drama bersiri Isteri Tuan Ihsan.

Bagaimana pula gandingan antara Elfira Loy dan Harris Baba untuk Cinta Tanpa Syarat? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton telefilem Cinta Tanpa Syarat Di NTV7 pada 11 Mac Ahad jam 8:30 malam.

 

(Visited 669 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …