Friday , 20 April 2018
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Cinta Fatamorgana Di Slot Akasia TV3

Sinopsis Cinta Fatamorgana Di Slot Akasia TV3

Sinopsis Cinta Fatamorgana Di Slot Aksia TV3. Drama Cinta Fatamorgana lakonan Aeril Zafrel dan Azar Azmi akan disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 13 April 2018. Cinta Fatamorgana akan bersiaran selama 27 episod menggantikan Zahir Tak Terucap.

Drama bersiri arahan Heykal Hanifah ini juga dibintangi oleh Syazuwan Hassan, Nazeera Sardi, Shahz Jaszle, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza, Asry Azizan, Mak Wan, Linda Rafar dan ramai lagi. Cinta Fatamorgana yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam telah diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd.

Sinopsis Cinta Fatamorgana Di Slot Akasia TV3

Sinopsis Cinta Fatamorgana

Cinta Fatamorgana mengisahkan tentang Huzair dan Rifqi yang telah bersahabat baik sejak mereka masih kecil lagi. Kedua-duanya menyimpan perasaan terhadap seorang gadis bernama Nur Wildad. Selepas selesai SPM, ayah Huzair telah membiayai pengajian mereka di sebuah universiti.

Ditakdirkan Huzair dan Wildad bertunang. Namun Huzair selalu sibuk dengan kerjanya membuatkan Wildad semakin rapat dengan Rifqi. Suatu hari Huzair ditimpa kemalangan yang menyebabkannya lumpuh sebelah kaki dan hilang penglihatan.

Setelah kembali sembuh, Huzair kembali untuk menjalin hubungan dengan Wildad. Dan Rifqi mengalah demi menjaga persahabatan mereka. Namun akhirnya Huzair menyedari bahawa Wildad lebih menyayangi Rifqi berbanding dirinya.

Apakah akan terjadi kepada perhubungan Huzair dan Wildad? Terjejaskan persahabatan antara Huzair dan Rifqi?

Lagu Tema Cinta Fatamorgana

Lagu berjudul Fatamorgana Cinta nyanyian Asfan Shah  telah dipilih sebagai lagu tema atau OST untuk drama Cinta Fatamorgana. Lirik lagu ini telah ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Bagaimana pula gandingan antara Aeril Zafrel, Azar Azmi dan Syazuwan Hassan dalam Cinta Fatamorgana? Untuk mengetahui kesudahan drama ini yang menggantikan Zahir Tak Terucap, jangan lupa tonton Drama Cinta Fatamorgana bermula 13 April 2018 jam 7:00 malam hanya di Slot Akasia TV3.

(Visited 754 times, 77 visits today)

Check Also

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah. Memang sakit bila disengat tebuan atau lebah. Rasa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *