Saturday , 26 May 2018
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri

Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri

Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri. Drama Bila Aidil Ada Fitri lakonan Ungku Ismail Aziz dan Siti Saleha akan disiarkan di saluran Astro Oasis 106 dan Maya HD 135 bermula 14 Mei 2018. Bila Aidil Ada Fitri adalah drama bersiri khas sempena bukan ramadan.

Drama bersiri 15 episod arahan Osman Ali ini juga dibintangi oleh Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh, Halim Radzi, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin dan ramai lagi. Bila Aidil Ada Fitri yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd.

Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri

Sinopsis Bila Aidil Ada Fitri

Drama Bila Aidil Ada Fitri mengisahkan tentang pertemuan pertama antara Aidil dan Fitri. Pertemuan itu terjadi bila Fitri Syafia telah mengunci si tuan rumah di luar rumah yang bernama Aidil Harith. Datin Mariam pula mahukan Fitri menjadi PA Aidil Harith untuk sebulan.

Hubungan antara Adil dan Fitri memang kecoh dan meriah. Memang kenalah dengan nama mereka, dah macam Hari Raya Aidilfitri rasanya.

Namun pada 1 Syawal pula lain khabarnya. Tiba-tiba ada lelaki lain yang menghantar rombongan meminang Fitri. Apa akan terjadi kepada perhubungan Aidil dan Fitri selepas itu?

Bagaimana pula gandingan antara Ungku Ismail Aziz dan Siti Saleha  dalam Bila Aidil Ada Fitri? Untuk mengetahui kesudahan drama ini yang bersiaran selama 15 episod, jangan lupa tonton Bila Aidil Ada Fitri Di Astro Oasis dan Astro Maya bermula 14 Mei 2018 jam 9 malam.

(Visited 941 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Sambal Udang Tomyam Istimewa

Resepi Sambal Udang Tomyam Istimewa

Resepi Sambal Udang Tomyam Istimewa. Cara masak Sambal Udang Tomyam Istimewa ini memang sangat mudah. …