Home » Santai Depan TV » Telefilem » Sinopsis Apabila Terbit Fajar Cerekarama TV3

Sinopsis Apabila Terbit Fajar Cerekarama TV3

Sinopsis Apabila Terbit Fajar Cerekarama TV3. Telefilem berjudul Apabila Terbit Fajar lakonan Elisya Sandha dan Watie Sadali akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu 7 Julai 2018. Apabila Terbit Fajar turut dijayakan oleh Azhan Rani.

Telemovie arahan Along Kamaludin ini juga dibintangi oleh Ku Fridah, Rania Humaira dan ramai lagi. Apabila Terbit Fajar yang akan disiarkan pada pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh Layar Ceritera Sdn Bhd. Telefilem Apabila Terbit Fajar adalah berdasarkan sebuah kisah benar.

Sinopsis Apabila Terbit Fajar Cerekarama TV3

Sinopsis Apabila Terbit Fajar

Apabila Terbit Fajar mengisahkan tentang Fiza. Seorang bayi perempuan diletakkan di tangan Fiza tepat jam 6 pagi. Bayi itu terus berhenti menangis ketika Fiza memeluknya. Bermula dari saat itu Fiza telah menjadi seorang ibu.

Bagaimanakah kehidupan seterusnya antara Fiza dan bayi tersebut?

Selepas membaca sinopsis yang ringkas ini, sis tertanya-tanya juga tentang hubungan Fiza dengan bayi itu. Anak kandung atau anak angkat? Jadi sis cuba google dan terjumpa beberapa buah video teaser telefilem ini. Banyak juga babak yang menarik. Sampai sis sukar nak jangkakan jalan ceritanya nanti bagaimana.

Sis rasa jalan ceritanya agak heavy kerana banyak babak air mata. Memandangkan ia adaptasi dari sebuah kisah benar, pasti telefilem ini akan dekat di hati penonton. Tak sabar sis nak tonton Apabila Terbit Fajar malam ini. Jangan lupa standby tisu

Bagaimana pula gandingan antara Elisya Sandha, Watie Sadali dan Azhan Rani untuk Apabila Terbit Fajar? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton telefilem Apabila Terbit Fajar di slot Cerekarama TV3 pada 7 Julai Sabtu jam 9:00 malam.

(Visited 6,886 times, 1 visits today)

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *