Wednesday , 20 June 2018
Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3. Drama Andainya Takdir 2 lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar akan disiarkan di slot Zehra TV3 bermula 13 Jun 2018. Andainya Takdir 2 akan bersiaran selama 20 episod menggantikan Teratai Kemboja.

Drama bersiri arahan Eoon Shuhaini ini juga dibintangi oleh Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Idris Khan, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Neera Azizi  ramai lagi. Andainya Takdir 2 yang akan disiarkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9:00 malam telah diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd.

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2

Andainya Takdir 2 adalah sambungan kepada drama Andainya Takdir yang popular ketika bulan Ramadan tahun lepas. Jika anda masih ingat lagi, Airil lakonan Shukri Yahaya merupakan seorang suami yang mempunyai sifat cemburu yang sangat mendalam terhadapnya isterinya Fatihah.

Fatihah lakonan Nina Iskandar, akhirnya hilang sabar setelah kerap dibelasah suami tanpa belas simpati setiap kali sifat cemburu suaminya itu menguasai diri. Tetapi bila tak cemburu, Airil adalah seorang suami yang sangat romantik dan ayah yang penyayang kepada anak tunggal mereka Aleeya.

Andainya Takdir 2 mengisahkan tentang kehidupan Airil dan Fatihah setelah mereka bercerai. Airil berterusan memujuk Fatihah untuk rujuk semula. Pada Airil, hidupnya takkan sempurna tanpa kehadiran Fatihah dan Aleeya. Namun Fatihah susah untuk melupakan kisah lalu. Walau hakikatnya kehidupan Fatihah tanpa Airil tidak semudah yang diharapkan.

Aleeya sering memberontak kerana dia terlalu rindukan ayahnya. Akibat tertekan dengan sikap Aleeya dan desakan dari Airil, Fatihah mula meluangkan lebih banyak masa di tempat kerja dan kurang menghabiskan masa bersama anaknya.

Berjayakah Airil memujuk Fatihah untuk kembali padanya? Mampukah Airil mengawal rasa cemburunya yang keterlaluan? Adakah akan ada sinar bahagia untuk mereka bertiga?
Anda pasti sudah tidak sabar untuk menyaksikan gandingan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar dalam Andainya Takdir 2. Untuk mengetahui kesudahan drama ini, jangan lupa tonton Drama Andainya Takdir 2 bermula 13 Jun 2018 jam 9:00 malam hanya di Slot Zehra TV3.
(Visited 18 times, 1 visits today)

Check Also

6 Cara Mengamalkan Diet Yang Sihat

6 Cara Mengamalkan Diet Yang Sihat

6 Cara Mengamalkan Diet Yang Sihat. Ramai yang beranggapan betapa susahnya untuk mengamalkan diet yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *