Sinopsis Abang Kandung Cerekarama TV3

Sinopsis Abang Kandung Cerekarama TV3. Telefilem berjudul Abang Kandung lakonan Izzue Islam dan Syafiq Kyle akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu 10 Mac 2018. Abang Kandung merupakan sebuah telefilem istimewa sempena Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2018).

Telemovie arahan Rashid Sibir ini juga dibintangi oleh Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani, Octovia Manrose, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Abang Kandung yang akan disiarkan pada pukul 10:00 malam telah diterbitkan oleh Opera Klasik Sdn Bhd.

Sinopsis Abang Kandung Cerekarama TV3

Sinopsis Abang Kandung

Abang Kandung mengisahkan tentang Saiful yang merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga. Saiful bukan sahaja menjadi kebanggaan ayahnya Pak Talib dan ibunya Mak Mah, tetapi turut menjadi kebanggaan adiknya yang bernama Yusof.

Sikap Saiful mula berubah bila dia sering keluar bersuka ria bersama kawan-kawan. Lebih memburukkan keadaan bila Saiful bertindak memperkosa Sara.

Apa akan terjadi selepas itu? Dapatkah Pak Talib dan Mak Mah menerima perubahan yang berlaku pada Saiful? Bagaimana pula reaksi Yusof yang sangat sayangkan abangnya itu?

Biodata Izzue Islam

Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan berasal dari Kota Bahru, Kelantan. Dia merupakan seorang pelakon yang turut menceburkan diri dalam bidang nyanyian bersama kumpulan Forteen. Izzue Islam semakin dikenali selepas berlakon dalam drama bersiri Sebenarnya, Saya Isteri Dia. Watak antagonisnya dalam drama Patahnya Sebelah Sayap turut mendapat pujian.

Biodata Syafiq Kyle

Syafiq Kyle antara pelakon lelaki yang semakin mencipta nama. Bermula dengan menjadi naib juara Hero Remaja, Syafiq Kyle mula dikenali dengan watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur. Beberapa drama yang turut melonjakkan nama Syafiq Kyle adalah Kerana Terpaksa Aku Relakan, Mencintaimu Mr Photographer dan yang terbaru Dekatkan Jarak Kita membawakan watak Tashriq dan turut menjadi calon untuk Anugerah DFKL

Bagaimana pula gandingan antara Izzue Islam dan Syafiq Kyle untuk Abang Kandung? Untuk mengetahui kesudahan kisah kekeluargaan ini, jangan lupa tonton telefilem Abang Kandung di slot Cerekarama TV3 pada 10 Mac Sabtu jam 10:00 malam.

(Visited 1,763 times, 1 visits today)