Home » Santai Depan TV » Siaran Langsung JDT vs Kedah 3 Februari 2018

Siaran Langsung JDT vs Kedah 3 Februari 2018

Aksi Siaran Langsung JDT vs Kedah 3 Februari 2018 di TV3. Live Piala Sumbangsih 2018 yang melibatkan pasukan JDT menentang Kedah akan berlangsung malam ini. Memandangkan ramai juga kaum wanita yang minat bolasepak, jadi saya kongsikan serba sedikit tentang perlawanan malam ini.

Pasukan Johor Darul Ta’zim sebagai tuan rumah, akan menerima kunjungan pasukan Kedah di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin. Saingan dijadualkan bermula pukul 9:00 malam nanti. Untuk pengetahuan anda, Piala Sumbangsih dianggap sebagai pembuka tirai atau perlawanan pertama untuk saingan Liga Super Malaysia.

Siaran Langsung JDT vs Kedah 3 Februari 2018

Siaran Langsung JDT vs Kedah 3 Februari 2018

Siaran Langsung Piala Sumbangsih 2018 akan disiarkan live di TV3 malam ini. Rancangan pra perlawanan boleh diikuti bermula jam 8:30 malam nanti. Beberapa perlawanan yang membabitkan pasukan lain, akan turut berlangsung malam ini, antaranya Terengganu lwn PKNS FC, Melaka vs Kelantan yang akan disiarkan di TV9. Perlawanan antara PKNP FC lwn Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung lebih awal pada pukul 4:45 petang dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TVi

Tonton Online Piala Sumbangsih 2018

Perlawanan ini juga boleh ditonton secara live streaming JDT vs Kedah 3.2.18 menerusi aplikasi Unifi TV. Anda boleh download aplikasi ini menerusi google play store atau apple app store. Applikasi Unifi TV boleh diinstall secara percuma. Cuma kena pastikan data mencukupi untuk melayarai Live Streaming JDT vs Kedah perlawanan Piala Sumbangsih 2018

Penyokong JDT dan penyokong Kedah pasti sudah tidak sabar untuk mengetahui pasukan mana yang akan menjadi juara Piala Sumbangsih 2018. Kedua-dua pasukan pasti sudah bersedia untuk bersaing dan mempamerkan kehebatan pasukan masing-masing di atas padang.

Ayuh sama-sama berikan sokongan kepada pasukan pilihan anda. Agaknya pasukan mana yang menang Piala Sumbangsih 2018?

 

(Visited 363 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …