Wednesday , 23 August 2017
Home » Dapur » Resipi Jem Nenas Untuk Kuih Tat

Resipi Jem Nenas Untuk Kuih Tat

Resipi Jem Nenas Untuk Kuih Tat. Apa yang membuatkan kuih tat sedap, pastilah intinya iaitu jem nenas. Kalau betul resipinya, pasti ramai yang akan memuji kesedapan rasa tat nenas itu. Tidak kira tat gulung atau kuih tat bentuk bunga, inti jem nenas yang sama tetap boleh digunakan.

Ramai yang akan parut nenas terlebih dahulu, namun kalau nak kerja cepat selesai, nak kisarkan sahaja pun boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing. Hasilnya pun tak jauh beza. Cuma nenas yang diparut akan kering dengan lebih cepat bila dimasak sebaliknya nenas yang dikisar perlukan masa yang lebih lama untuk dimasak sampai kering.

Resipi Jem Nenas Untuk Kuih Tat

Jem yang dimasak dengan cara betul, boleh disimpan dengan lebih lama malah rasanya pun lebih sedap. Tapi pastikan api tidak terlalu besar bila mengacau jem nenas. Kalau api terlalu besar, bau hangus pula jem itu nanti.

Ok, tak mahu berceloteh panjang, mari kita lihat dulu senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Resipi Jem Nenas Untuk Kuih Tat.

Bahan-Bahan

4 biji nenas separuh masak (pastikan kulit luaran masih hijau kekuningan)
2 cawan gula kasar (terpulang pada citarasa, nak lebih atau kurang pun boleh)
kulit kayu manis (boleh juga digantikan dengan bunga cengkih)
3 helai daun pandan (sekadar untuk mewangikan lagi jem nenas)
1 sudu teh pewarna kuning (untuk menambah keserian warna)

Cara Membuat Jem Nenas

  1. Mula-mula kupas dahulu kulit nenas dan bersihkan. Potong nenas kepada saiz yang lebih kecil supaya mudah dikisar. Tetapi jika ingin parut nenas tersebut, tak perlu dipotong.
  2. Setelah selesai parut atau kisar, tapis dan asingkan jus nenas yang berlebihan.
  3. Di dalam kuali ‘non stick’ satukan kesemua bahan-bahan yang tersenarai di atas. Kalau tak ada kuali yang tak melekat tu, guna kuali biasa sahaja.
  4. Kacau jem nenas supaya ia masak dengan sekata dan tidak hangus.
  5. Teruskan memasak sampai jem betul-betul kering.

Jem nenas yang telah siap dan disejukkan, bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Selepas sejuk, bentukkan ia menjadi bentuk bebola kecil untuk memudahkan bila anda ingin membuat kuih tat pula nanti.

Resipi untuk doh kuih tat akan saya kongsikan dalam artikel akan datang.

Selamat Mencuba.

 

(Visited 33,344 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap

Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap

Jom masak tomyam guna Resepi Pes Tomyam Homemade Yang Sangat Sedap ini. Pes tomyam menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *