Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Udang Masam Manis Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Udang Masam Manis Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Udang Masam Manis Yang Mudah Dan Sedap.  Penggemar hidangan udang, wajib mencuba Resepi Udang Masam Manis atau sweet sour prawns ini.  Bahan-bahan yang digunakan mudah didapati. Rasanya pula memang sangat yummylicious.

Resepi Udang Masam Manis ( Sweet Sour Prawns)

Bahan- bahan

  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris halus)
  • 500g udang segar
  • cili merah (dihiris)
  • cili hijau (dihiris)
  • 150 ml air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar plum sauce
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • gula dan garam sebagai penambah perisa
  • minyak untuk memasak

Resepi Udang Masam Manis Yang Mudah Dan Sedap

Cara Memasak Udang Masam Manis Yang Sedap

1) Mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.
2) Kemudian masukkan udang  dan goreng seketika.
3) Selepas itu tambahkan sos tomato, sos cili dan plum sos. Tambahkan air dan kacau sebati.
4) Seterusnya masukkan tepung jagung yang telah ditambahkan dengan sedikit air.
5) Biarkan mendidih sehingga sos pekat.
6) Padamkan api dan menu udang masam manis dah sedia untuk dihidangkan. Taburkan sedikit daun bawang jika anda suka.

Anda boleh tambahkan sayuran seperti timun dan lobak merah atau cili benggala untuk menyedapkan lagi Resepi Udang Masam Manis ini. Mudah dan sedap kan. Selamat Mencuba.

sumber

(Visited 150 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *