Thursday , 23 November 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Tart Telur Yang Sangat Sedap

Resepi Tart Telur Yang Sangat Sedap

Resepi Tart Telur Yang Sangat Sedap. Anda nak belajar cara buat Tart Telur? Kalau beli di kedai mungkin rasanya tidak berapa kena dengan citarasa kita. Jadi apa kata kita masuk dapur dan buat sendiri .

Resepi Tart Telur yang akan saya kongsikan ini bukan sahaja mudah dibuat tetapi memang sedap. Tak puas makan satu, kena makan lebih. Sesiapa yang sedang berdiet tu, esok lusa jelah sambung diet. Hari ini layan makan Tart Telur. Jom masuk dapur.

Resepi Tart Telur Yang Sangat Sedap

Resepi Tart Telur Yang Sangat Sedap

Bahan-bahan
Untuk Kulit Tart (Crust)
250 gram tepung gandum
125 gram mentega
50 gram gula aising (ikut pada citarasa sendiri)
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Untuk Inti (Kastard)
3 biji telur
100 gula kastor
225 gram air panas
85 gram susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna kuning

Cara Membuat Tart TelurĀ 
Crust
1) Pukul gula aising dan mentega sehingga gebu.
2) Masukkan telur dan pukul pada kelajuan yang perlahan.
3) Tambahkan esen vanilla dan kacau rata
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga anda mendapat doh yang lembut.
5) Ambil sedikit doh dan tekan setebal 1/2 cm ke dalam acuan tart. Pastikan kemas.
6) Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 10 minit.

Inti
1) Satukan kesemua bahan yang disebutkan di atas.
2) Gaul sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
3) Tuangkan ke dalam acuan doh yang telah dibakar seketika tadi.
4) Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar sehingga masak. Kira-kira untuk 15 minit.

Tips: Untuk memastikan acuan doh tidak mengembang ketika dibakar selama 10 minit tanpa inti, anda perlulah cucuk sedikit adunan doh tersebut dengan garfu sebelum di bakar.

Mudah kan untuk membuat Resepi Tart Telur ni. Jangan lupa mencuba ye.

(Visited 34,043 times, 5 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *