Saturday , 20 January 2018
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Spaghetti Goreng Dengan Udang

Resepi Spaghetti Goreng Dengan Udang

Resepi Spaghetti Goreng Dengan Udang ini memang sangat sedap dan mudah disediakan. Selain Spaghetti Carbonara atau Bolognese, spaghetti goreng pun dah semakin popular. Selain rasanya yang sedap, resepi ini juga senang nak disediakan.

Bahan-bahan untuk Spaghetti Goreng

250 gram spaghetti (rebus dan toskan)
200 gram daging ayam dipotong dadu
200 gram udang (buang kepala dan kulit)
sayur-sayuran (sawi, lobak merah dan sebagainya)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
minyak masak (kalau boleh guna minyak zaitun)
150 ml air
10 sudu makan sos tomato
10 sudu makan sos cili (kalau nak pedas guna cili boh)
5 sudu sos tiram
garam
serbuk lada sulah

Resepi Spaghetti Goreng Dengan Udang

Cara Memasak Spaghetti Goreng Dengan Udang

1) Mula-mula sekali panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2) Masukkan ayam dan tambah sedikit air. Kacau dan biarkan ayam masak seketika.
3) Selepas itu tambahkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Tambahkan air sedikit lagi jika sos nampak kering. Jangan tambah terlalu banyak air pula ye.
4) Masukkan sayur-sayuran dan kacau. Selepas itu masukkan udang.
5) Tuangkan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Kacau rata dan biar mendidih.
6) Akhir sekali masukkan spaghetti yang telah siap direbus.

Tip rebus spaghetti, kena letak minyak sedikit sewaktu merebus agar tidak melekit.

Dah siap. Bolehlah anda hidangkan spaghetti goreng dengan udang untuk keluarga tersayang.

Ada banyak lagi koleksi resepi menarik, sedap dan mudah disediakan yang boleh anda cuba dari Dapur Notawanita

Selamat mencuba Resepi Spaghetti Goreng Dengan Udang

(Visited 120 times, 1 visits today)

Check Also

Petua Melembutkan Daging Supaya Cepat Masak

Petua Melembutkan Daging Supaya Cepat Masak

Anda nak petua melembutkan daging supaya cepat masak dan empuk. Daging perlu lembut jika anda …