Home » Jom Masuk Dapur » Resepi Soto Ayam Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Soto Ayam Yang Sedap Dan Mudah

Nak masak Resepi Soto Ayam Yang Sedap Dan Mudah untuk menu tengahari nanti. Sesekali makan Soto Ayam best juga kan. Tukar selera sikit kata orang. Yelah dah hari-hari makan nasi, gulai, sambal rasa perit juga tekak tu, lagi-lagi cuaca tengah panas kat luar tu. Sesekali makan makanan jenis sup ni boleh juga melegakan tekak.

Selalunya Soto Ayam popular ketika musim raya. Banyak nasi impit atau ketupat lebih, kuah kacang atau rendang plak dah habis bolehlah guna nasi impit itu untuk masak soto pula. Tapi sekarang tak perlu la nak tunggu musim raya, kalau terasa nak makan soto, rebus jelah beberapa bungkus nasi impit. Kalau rajin buat nasi impit sendiri pun lagi sedap.

Resepi Soto Ayam Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Soto Ayam Yang Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan
nasi impit
isi ayam
telur rebus
so hoon
kacang tanah
daun sup
bawang goreng
taugeh
cili merah

Untuk Kuah Soto
bawang merah
bawang putih
jintan putih
jintan manis
buah pelaga

Cara Memasak Soto Ayam 

1) Mula-mula sekali rebuskan beberapa bungkus nasi impit. Selepas dah rebus bolehlah disejukkan
2) Sementara menunggu nasi impit sejuk, rebus isi ayam sehingga empuk. Selepas itu toskan air dan racik isi ayam halus-halus. Ketepikan air rebusan itu untuk digunakan membuat sup. Jangan dibuang pula ye.
3) Selepas itu rebus telur dan tuangkan air panas ke atas taugeh. Biarkan seketika dan toskan air.
4) Kemudian goreng so hoon bersama kacang tanah sehingga kekuningan.

Cara Membuat Kuah Soto

1) Hiris bawang merah dan bawang putih.
2) Tumis hirisan bawang bersama jintan manis, jintan putih dan buah pelaga sehingga naik bau.
3) Masukkan air rebusan isi ayam tadi. Jika tidak cukup boleh tambahkan air.
4) Tambahkan garam secukup rasa.

Cara Menghidangkan Soto Ayam

1) Masukkan nasi impit, so hoon, telur, taugeh dan isi ayam ke dalam mangkuk.
2) Tuang kuah soto ke dalam mangkuk tersebut.
3) Akhir sekali hiaskan dengan bawang goreng, kacang goreng, daun sup dan hirisan cili merah.

Selamat mencuba.

sumber resepi

(Visited 725 times, 1 visits today)
  • 1
    Share

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …