Wednesday , 23 August 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Sarapan Sihat Untuk Kekal Langsing

Resepi Sarapan Sihat Untuk Kekal Langsing

Inginkan Resepi Sarapan Sihat Untuk Kekal Langsing?  Biarpun anda dalam proses kuruskan badan, anda tetap perlu pastikan tahap kesihatan anda terpelihara. Jangan menahan lapar semata-mata untuk turun beberapa kilo.

Anda tetap perlu mengamalkan pengambilan makanan yang sihat sewaktu berdiet. Sarapan merupakan waktu makan yang sangat penting sebelum anda memulakan rutin harian anda. Dalam artikel ini notawanita kongsikan satu resepi sihat yang boleh anda amalkan pengambilannya setiap hari.

Resepi Sarapan Sihat Untuk Kekal Langsing

Resepi Sarapan Sihat Untuk Kekal Langsing

Smoothie Oat & Pisang
¼ cawan oat
½ cawan yogurt asli rendah lemak
1 biji pisang, dipotong tiga
½ cawan susu rendah lemak
2 sudu besar madu
¼ sudu kecil serbuk kayu manis

Cara menyediakan smoothie oat pisang:
Campurkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan. Jika ingin tambah perasa, hiaskan dengan potongan strawberi atau kiwi.

Memang sangat mudah untuk menyediakan sarapan sihat ini. Anda juga boleh gantikan pisang dengan buah-buahan yang lain seperti oren, strawberi dan sebagainya.

Sebagai info tambahan oat adalah sejenis bijirin yang mengandungi nutrisi semulajadi dan kaya dengan fiber. Oat lambat dihadam dan akan membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih panjang.

(Visited 136 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan

Ingin tahu Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan. Tahukah anda bahawa jenis makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *