Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Sambal Udang Tomyam Istimewa

Resepi Sambal Udang Tomyam Istimewa

Resepi Sambal Udang Tomyam Istimewa. Cara masak Sambal Udang Tomyam Istimewa ini memang sangat mudah. Kalau ada semua bahan-bahannya di rumah, bolehlah anda cuba menyediakannya petang nanti. Kalau tak ada udang, boleh juga digantikan dengan sotong atau jenis makanan laut yang lain.

Sebenarnya dulu sis pernah kongsikan resepi ini. Cuma tak ingat pula sumber resepi ini dari mana…mungkin dari buku resepi atau belajar dari seseorang. Tak nak berceloteh panjang,jom kita tengok senarai bahan yang diperlukan untuk menyediakan Sambal Udang Tomyam.

Resepi Sambal Udang Tomyam Istimewa

Resepi Sambal Udang Tomyam Istimewa

Bahan-bahan 
3 batang serai
4 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 paket perencah tomyam
3 sudu besar minyak masak
500g udang
2 sudu teh gula
50ml air
1 camca teh serbuk pati ikan bilis
sedikit cili padi (dihiris)
70ml santan
beberapa helai daun limau purut

Cara Memasak Tomyam Udang
1) Mula-mula kisarkan serai, lengkuas dan kunyit sehingga lumat.
2) Selepas itu tambahkan perencah tomyam ke dalam bahan-bahan yang telah dikisar.
3) Seterusnya panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
4) Kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan dan tumis seketika.
5) Tambahkan air, gula, serbuk pati ikan bilis, hirisan cili padi dan daun limau purut.
6) Akhir sekali masukkan santan dan biarkan mendidih seketika. Masak sehingga agak kering dan pekat.

Dah siap. Bolehlah anda hidangkan Sambal Tomyam Udang ini dengan nasi dan lauk sampingan yang lain.

Selamat mencuba.

(Visited 45 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.¬†Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *