Tuesday , 12 December 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Sambal Udang Dengan Petai

Resepi Sambal Udang Dengan Petai

Cuba Resepi Sambal Udang Dengan Petai yang ringkas ni. Memang sedap sambal udang dan petai ni kalau dimakan dengan nasi panas dan ulam. Pasti bertambah nasi sepinggan dua. Kalau yang tengah diet tu, bolehlah nikmati resepi ni semasa cheat day.

Kalau nak rasa sambal tu lagi sedap, jangan buang kulit udang semasa memasak. Udang pun tak akan mengecut sangat saiznya. Barulah meriah rupa sambal udang dengan petai tu.

Resepi Sambal Udang Dengan Petai

Resepi Sambal Udang Dengan Petai

Bahan-Bahan
500g udang
petai
20 tangkai cili kering (dikisar)
10 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 cawan jus asam jawa
3 tangkai serai (diketuk)
1 sudu teh gula
1 labu bawang besar (dihiris)
garam secukup rasa
minyak masak

Cara Memasak Sambal Udang Petai
1) Mula-mula sekali panaskan minyak dan tumis serai bersama bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
2) Masukkan jus asam jawan dan kacau rata. Biarkan mendidih.
3) Selepas itu masukkan petai, udang dan bawang besar. Masak sehingga pekat. Pastikan api bersaiz kecil.
4) Akhir sekali tambahkan garam dan gula sebagai penambah rasa.

Resepi Sedap: Resepi Sambal Mangga

Dah siap Sambal Udang Dengan Petai. Boleh dihidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak.

Selamat mencuba

(Visited 47 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …