Wednesday , 23 August 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Resepi Sambal Mangga Yang Sedap Dan Ringkas

Resepi Sambal Mangga Yang Sedap Dan Ringkas

Jom cuba Resepi Sambal Mangga Yang Sedap Dan Ringkas ini.  Memang terliur setiap kali terbayangkan kelazatan sambal mangga. 

Resepi sambal mangga ni asalnya dari negara seberang tetapi telah divariasikan mengikut kesesuaian rasa tempatan.  Kalau tak ada lauk yang pedas, rasa kurang selera je bila makan nasi kan.

Resepi Sambal Mangga Yang Sedap Dan Ringkas

Jadi apa kata anda cuba Resepi Sambal Mangga Yang Sedap Dan Ringkas untuk hidangan menu makan tengahari atau malam nanti.

Bahan-bahan untuk masak sambal mangga:

8 cili merah
3-8 cili padi merah
1 sudu teh belacan
2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
100g mangga setengah masak, dipotong memanjang
Sedikit perahan air limau nipis

Cara Memasak

1) Mula-mula kisar cili merah, cili padi dan belacan.
2) Selepas itu panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
3) Setelah bahan-bahan telah naik bau, masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
4) Matikan api dan masukkan potongan mangga dan perahan air limau nipis.
5) Gaul sebati kesemua bahan tadi dan hidangkan.

Memang cukup mudah dan ringkas untuk menyediakan resepi mangga yang sangat sedap ini.  Makan dengan nasi panas, bersama ikan goreng dan ulam-ulaman pun dah cukup menyelerakan.

Selamat Mencuba

(Visited 528 times, 1 visits today)

Check Also

Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan

Ingin tahu Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan. Tahukah anda bahawa jenis makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *